Bantuan:Panduan
Laman ini mengandungi sebuah buku panduan untuk sesiapa yang ingin menubuhkan sebuah wiki Wikimedia dalam sebuah bahasa yang tidak mempunyai wiki sendiri. Lihatkan senarai wiki Wikipedia untuk sebuah gambaran kesuluruhan wiki yang telah wujud (pautan merah merupakan wiki tidak wujud).
Langkah 1: Keperluan
- Sebelum anda boleh bermula, ketahuilah bahawa peraturan mendapatkan wiki tersendiri di subdomain Wikimedia amatlah ketat berbanding peraturan memulakan wiki ujian di sini di Pengeram.
- Sila pastikan anda akan mendapat cukup orang yang mampu menyumbang kepada wiki.
- Selain itu, pastikan bahasa itu mempunyai kod bahasa ISO 639 yang sah.
Wikimedia tidak akan menyemang apa-apa wiki dalam bahasa atau loghat yang tiada kod ISO 639 yang sah, ataupun bahasa dalam aksara atau ortografi yang tidak diterima atau digunakan lazim. Jika anda mahu memulakan sebuah projek peribadi, lihatlah Pengeram Tertokok di Fandom.
Daftar dan tukar keutamaan
Jika anda belum log masuk, sila log masuk atau cipta sebuah akaun. Perbuatan ini akan memudahkan penjejakan aktiviti sesama penyumbang.
Selepas itu, lawat Khas:Keutamaan (1) dan tukar bahasa antara muka (2) dan penetapan wiki ujian:
- Wiki ujian (3), contohnya Wikipedia untuk
Wp/xx
- Kod bahasa (4), iaitu "xx" dalam
Wp/xx
Langkah 2: Menubuhkan wiki
- Jika anda ragu sama ada bahasa anda mencapai kriteria, anda boleh bertanya tentangnya di Incubator:Requests for starting a test.
- Jika bahasa anda tidak sah, wiki anda akan dipadam. Sebaliknya, jika bahasa anda sah, isinya sudah tentu disimpan dan semua kerja akan dipindah ke wiki baharu apabila wiki habis dicipta.
- Dalam kotak di bawah, gantikan "xyz" dengan kod bahasa anda. Gunakan kod w:ISO 639-1 dan jika kod untuk bahasa tersebut tidak wujud, gunakan kod w:ISO 639-3.
- Di samping itu, juga gantikan "Wp" (Wikipedia) jika anda ingin bermulakan projek lain ("Wt" = Wikikamus, "Wn" = Wikiberita, "Wb" = Wikibuku, "Wq" = Wikiquote, "Wy" = Wikilancong)
Klik butang "Cipta laman" di atas dan di borang sunting, ganti "nama bahasa dalam Bahasa Inggeris". Maklumat tambahan terletak di muka surat ini. Kemudian, simpankan laman itu.
- Ikut peraturan-peraturan di laman yang anda baru cipta. Anda akan diminta mencipta sebuah laman utama dengan tajuk
Projek/kod/Laman_Utama
.- Disarankan supaya isi laman itu sama dengan mesej MediaWiki "MediaWiki:Mainpage" (dapat diterjemah di Translatewiki.net).
- Anda boleh menyenerai wiki dalam Incubator:Wikis.
Langkah 3: Menyerahkan permohonan
Anda boleh membina wiki ujian di sini tanpa membuat permohonan di Meta, tetapi permohonan tersebut perlu dilakukan jika anda ingin wiki tersebut dipindahkan keluar dari Incubator.
- Disarankan untuk menggabungkan akaun anda sehingga anda automatik daftar masuk di seluruh wiki termasuk MetaWiki.
- Ikuti arahan pada buku panduan untuk para pemohon.
- Kemas kini laman info Wx/xyz di sini dengan menukar parameter "meta" ke
| meta = yes
- Seperti yang sudah kami dimaklumkan, dasar untuk mendapatkan subdomain Wikimedia lebih ketat berbanding dengan memulakan sebuah wiki ujian di sini. Bacalah polisinya dengan teliti.
- Jika projek ujian sudah memenuhi semua syarat rasmi, projek tersebut akan ditandai "verified to be eligible" (disahkan memenuhi syarat). Jika permohonan sudah lama dilakukan namun belum juga ditandai, bermaksud terdapat syarat yang belum dipenuhi.
Langkah 4: Di Incubator
- Membuat kandungan ialah hal yang paling penting. Tulis dan selenggara rencana.
- Kadangkala kelulusan wiki anda akan mengambil masa lama. Jangan berasa kecewa.
- Sebahagian besar cadangan (proposal) mempunyai halaman status yang menyenaraikan apa-apa yang perlu dilakukan sebelum dipersetujui.
- Anda boleh memohon sebagai admin wiki ujian, untuk mengurus wiki ujian anda.
- Seorang ahli Jawatankuasa Bahasa boleh mencadangkan persetujuan wiki ujian anda. Jika tidak terdapat yang mengusulkannya, namun anda merasa wiki ujian anda memenuhi syarat, anda boleh mencadangkan persetujuannya di halaman perbicaraan mereka.
Garis-garis panduan dasar
Terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi semua projek Wikimedia:
- Terma penggunaan terpakai untuk semua wiki. Semua laman perlu dilesenkan di bawah Creative Commons Attribution-ShareAlike 4.0 International License dan GNU Free Documentation License. Sila ambil perhatian untuk tidak menyalin teks dari bahan lain yang tidak dilesenkan dengan cara ini tanpa keizinan dari penulis.
- Projek Wikiberita lazimnya menggunakan Creative Commons Attribution 2.5.
- Para penulis harus menulis melalui sudut pandangan berkecuali (NPOV).
- Amalan Ortografi (Ejaan) - jika terdapat lebih dari satu cara untuk mengeja atau menulis bahasa anda, anda akan memerlukan peraturan tentang itu.
- Konvensyen gaya bahasa - jika bahasa anda tidak mempunyai bentuk baku yang dikenal luas (cara penutur bercakap agar dapat difahami oleh penutur lain), anda akan memerlukan peraturan untuk memberitahu orang-orang bentuk atau dialek mana yang dipakai sebagai bentuk atau dialek baku. Juga, anda akan memerlukan konvensyen gaya bahasa yang lebih rumit (sebagai contoh, lihat di sini).
Langkah 5: Pelokalan
Tampilan muka perlu dilokalkan ke dalam bahasa anda. "Pelokalan" termasuk menerjemahkan muka MediaWiki. Menterjemahkan ialah salah satu syarat agar sebuah wiki boleh dibuat. Anda boleh melakukannya di Translatewiki. Tugas tersebut biasanya dilakukan berdampingan dengan tugas di wiki ujian.
- Jika anda belum memahami tentang translatewiki.net, sila ikut arahannya di sini.
- Pergi ke "Special:Translate" pada translatewiki.net dan mulailah menterjemah:
- Walaupun adalah lebih baik jika menerjemahkan seluruh muka, untuk projek pertama dalam suatu bahasa, anda hanya perlu untuk melokalkan "mesej MediaWiki yang paling sering digunakan". Mesej ini ialah yang paling penting untuk para pembaca.
- Nota: Jika halaman belum tersedia dalam bahasa anda — periksa menu bahasa judul bawah (drop-down) di atas halaman - anda perlu meterjemahkan sekurang-kurangnya 13% mesej MediaWiki teras untuk mengaktifkan halaman dalam bahasa anda. (Mesej "paling sering digunakan" berjumlah hampir 13%.)
- Untuk segala projek susulan dalam suatu bahasa, semua mesej MediaWiki teras dan mesej sambungan utama yang digunakan oleh Yayasan Wikimedia perlu diterjemahkan. Diharapkan komuniti yang mencipta projek pertama menyelenggara serta menaiktaraf pelokalan dan sepatutnya hal tersebut tidaklah sukar.
- Walaupun adalah lebih baik jika menerjemahkan seluruh muka, untuk projek pertama dalam suatu bahasa, anda hanya perlu untuk melokalkan "mesej MediaWiki yang paling sering digunakan". Mesej ini ialah yang paling penting untuk para pembaca.
Anda disarankan menyertai dalam pasukan penyokong bahasa demi bahasa anda agar anda dapat memberikan maklumat tentang bahasa anda (seperti aturan tentang jamak) atau menguji kegunaan. Jika terdapat masalah teknikal, seperti kurangnya cara input atau tulisan (font) untuk bahasa anda, jangan segan untuk menghubungi, baik melalui portal komuniti atau translatewiki.net.
Langkah 7: Sekiranya wiki diluluskan
Jika disetujui, jawatankuasa bahasa akan menghantar permohonan bug di Phabricator. Kemudian, sila tunggu pemaju mencipta halaman tersebut. Anda boleh menjejak perkembangannya di Incubator:Site creation log.
Langkah 7: Apabila wiki tercipta
- Berhenti! Mungkin anda ingin menyalin seluruh laman-laman wiki dari Incubator ke wiki baharu, tetapi jangan buat begitu.
- Seseorang akan memasukkan semua halaman dengan sejarahnya, dan tanpa awalannya.
- Selepas selesai proses permindahan dari Incubator, anda bebas menyunting apa sahaja, mencipta rencana baru, menjemput penyunting baru dan lakukan perkara yang dapat mengembangkan wiki. Bebas dari Incubator bukanlah pengakhirannya; ini merupakan permulaan baru.
Lihat juga
- Incubator:Community Portal (sebarang soalan, masalah, ...)
- Bantuan:FAQ
- Bantuan:Kandungan
- Kit pemula untuk wiki bahasa kecil (senarai sumber teknikal dan saranan)
- Panduan untuk Wikipedia bersaiz kecil dan baru
- Senarai rencana yang sepatutnya terdapat di kesemua Wikipedia - Senarai rencana yang disarankan (tidak diwajibkan!) untuk Wikipedia dalam setiap bahasa.