Antara bahagian penting bagi sesebuah rangkaian media atas talian ialah keupayaan mereka mempunyai akses langsung kepada butiran, wawancara dan foto yang belum diolah melalui agensi berita lain - membolehkan kita menentukan sendiri laporan yang sesuai diperincikan bagi sesebuah cerita. Untuk tujuan ini, terdapat beberapa ahli Wikiberita yang akan melaporkan laporan asli.
Ambil perhatian
editAnda mesti boleh menyediakan bahan bukti untuk kesemua maklumat yang dimasukkan dalam laporan asli. Untuk itu, adalah penting untuk anda menyimpan nota yang dibuat dan diletakkan di laman perbincangan laporan tersebut.
Sila tambah templat laporan asli ( {{Wn/ms/Laporan asli}} ) di bahagian Sumber rencana yang anda tulis. Masukkan semua bahan rujukan yang berkaitan jika ada, sebagai contoh transkrip wawancara atau emel. Anda boleh memuat naik fail audio ke laman Commons. Jika anda tidak ingin menerbitkan nota di Wikiberita, mungkin atas sebab privasi atau terlalu panjang, anda dialu-alukan untuk menghubungi para pentadbir laman atau wartawan bertauliah, yang kemudian akan mencatatkan di laman perbincangan rencana itu bahawa laporan itu hasil daripada nota yang mereka terima.
Semasa mengambil nota, anda mungkin ingin mencuba gaya penulisan "shorthand" dan membuat sendiri gaya "shorthand" anda.
Sila pastikan identiti anda jelas dihuraikan di laman perbincangan rencana agar membolehkan penyumbang lain tahu siapa yang boleh mengesahkan bahan bukti berkenaan. Bahan bukti dengan sumber yang tidak diketahui bukanlah bukti.
Sila jangan lakukan kesalahan fakta atau mencampurkan laporan dengan bahan tidak bersumber yang serupa jika bahan itu tidak dipetik.
Etika
editPara wartawan hendaklah mengikuti Kod Etika, ada beberapa aspek yang mungkin relevan dengan aktiviti anda apabila berhubung dengan sumber dari pihak ketiga.
Jika anda merancang untuk melaporkan mengenai demonstrasi, pilih dahulu pihak yang ingin anda sokong: anda boleh sertai protes itu atau menjadi pelapor neutral. Jika anda ingin mengambil bahagian dalam protes, tinggalkan Kad Akhbar Wikiberita di rumah!
Kelakuan lain biasanya diambil mudah ketika situasi wawancara, yang mungkin tidak direkodkan dalam kod etika, namun ianya harus direkodkan di tempat lain. Beberapa daripadanya direkodkan di bawah, tetapi ia bukanlah skop laman ini untuk memberi maklumat terperinci tentang bagaimana menjalankan sesi wawancara.
Menjadi saksi
editJika laporan itu dibuat atas kapasiti sebagai saksi dalam mana-mana peristiwa, sila buat ringkasan huraian di laman perbincangan rencana itu mengenai siapa anda dan kenapa anda berada di sana, sebagai tambahan kepada maklumat sedia ada.
Dalam keadaan ini, anda ialah sumber dan mereka yang lain mungkin ingin berhubung dengan anda bagi proses pengesahan, mengadakan sesi wawancara atau butiran lanjut yang lain.
Pautan luar
edit- Temubual / wawancara
- 10 petua untuk temubual yang lebih baik (pautan arkib) (Inggeris)
- Asas pelaporan
- Prinsip asas pelaporan (PDF), dari PBS Newshour (pautan arkib) (Inggeris)
- Laman kewartawanan
- Alatan kewartawanan (Inggeris)
- Journawiki (Inggeris)
- Institut Kajian Media Poynter (Inggeris)