Wn/ms/Wikiberita:Kod Etika

< Wn | ms
Wn > ms > Wikiberita:Kod Etika

Wikiberita belum lagi menerima pakai atau membangunkan Kod Etika sendiri, namun terdapat beberapa kod yang sudah wujud, dan terdapat sekurang-kurangnya satu yang sedang dibangunkan bagi kegunaan orang yang berblog. Buat masa ini, penulis Wikiberita boleh merujuk kepada mana-mana dokumen di bawah (pautan menggunakan bahasa Inggeris)


Kod etika kewartawanan Wikiberita

edit

Sebagai wartawan dan penulis, kami berupaya untuk menentukan tafsiran dan penerbitan sesuatu kebenaran. Kami bertanggungjawab ke atas kedua-dua pembaca dan bahan rujukan kami.

Untuk pembaca yang budiman, kami bertanggungjawab memastikan kandungan yang diterbitkan:

  • Bebas
  • Berkecuali
  • Jujur
  • Bertanggungjawab

Untuk bahan rujukan dan subjek, kami bertanggungjawab memastikan ianya:

  • Tidak membawa kemudaratan
  • Tidak disalah erti
  • Merangkumi pelbagai sudut
  • Hormati hak cipta
  • Hormati ketanpanamaan


Tanggungjawab beretika untuk pembaca kami

edit

Untuk pembaca yang budiman, kami bertanggungjawab memastikan kandungan yang diterbitkan:

Bebas

edit

Wikiberita tidak dimiliki oleh entiti korporat. Ini adalah projek di bawah Yayasan Wikimedia, sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan. Oleh itu, kami akan berusaha untuk tidak mengubah kisah mengenai Yayasan kepada bentuk kenyataan akhbar dan apa jua kisah yang tidak menggambarkan Yayasan dalam bentuk yang baik juga akan dilaporkan, tanpa mengira seberapa teruk kisahnya itu.

Sebagai sebuah projek Yayasan, beberapa pertimbangan khas perlu diberi untuk melaporkan projek lain di bawah WMF, atau WMF itu sendiri. Laman Wikiberita:Laporan WMF dicadangkan untuk meliputi laporan ini.

Berkecuali

edit

Wikiberita Bahasa Melayu memiliki polisi berkaitan sudut pandangan berkecuali. Kami bertanggungjawab kepada pembaca kami untuk menerbitkan berita yang tidak berat sebelah. Berkecuali adalah keperluan wajib bagi penerbitan sesebuah rencana. Kandungan rencana tidak dibenarkan menyebarkan pandangan yang tertentu.

Jujur

edit

Wikiberita ingin berlaku jujur. Kami ingin membawakan maklumat yang sebenar. Kami bekerja keras untuk melakukannya. Kami memastikan apa sahaja yang dilaporkan itu bersifat jujur. Kami membuang dan menyunting semula kisah yang mengandungi sumber yang boleh membawa kepada ketidakjujuran.

Bertanggungjawab

edit

Selain daripada berlaku jujur, Wikiberita juga ingin memiliki rasa tanggungjawab. Kami memastikan apa sahaja laporan yang diterbitkan kepada umum boleh dipertanggungjawabkan. Kami memastikan bahan rujukan mengikuti garis panduan berkaitan sudut pandangan berkecuali. Kami boleh dipersalahkan ke atas kisah yang mengandungi maklumat tidak benar.


Tanggungjawab beretika untuk bahan rujukan dan subjek

edit

Tidak membawa kemudaratan

edit

Secara asasnya, risiko berkaitan gosip melampau, mengelirukan, atau tidak bertimbang rasa terhadap subjek dan bahan rujukan perlu dikurangkan. Ini relevan lebih-lebih lagi kepada sesiapa yang terlibat dalam pelaporan asal. Untuk mengurangkan masalah yang memudaratkan, kami menggalakkan pembaca untuk melakukan perkara ini:

  • Memastikan fakta itu adalah tepat dengan mendapatkan pengesahan dari pelbagai sumber lain.
  • Cuba untuk hubungi subjek bagi sesebuah rencana dengan segera.
  • Tidak menerbitkan rencana yang hanya semata-mata berdasarkan kepada spekulasi, firasat atau tekaan.
  • Sebelum penerbitan, cipta senarai pihak yang terlibat dalam rencana itu dan fikir apa perasaan mereka terhadap rencana tersebut.

Tidak disalah erti

edit

Jangan terbitkan kisah temubual tanpa memastikan orang yang ditemubual itu berpuas hati dengan penulisan akhir rencana tersebut, walaupun kadang-kala ia bermakna sesi temubual itu mungkin dibatalkan. Wikiberita hanya kalah jika ia menyinggung perasaan orang yang ditemubual - ingatlah bahawa mereka telah menggunakan masa mereka untuk bercakap dengan kita!

Merangkumi pelbagai sudut

edit

Memastikan bahan rujukan dan petikan kata dari semua pihak yang berkaitan dimasukkan ke dalam rencana untuk mengelakkan berlakunya ketidakadilan. Sebaik-baiknya, kesemua pendapat untuk sesuatu rencana perlu dipetik secara langsung dari asal. Wikiberita tidak mempunyai pendirian rasmi terhadap apa sahaja; namun bahan rujukan selalunya ada.

Hormati kerahsiaan

edit

Apa sahaja bahan rujukan yang mempunyai permintaan untuk tidak dinamakan berhak dipenuhi. Anda tidak diwajibkan untuk menyoal keperluan kerahsiaan identiti, namun anda wajib memenuhi permintaan itu jika diminta. Ini penting untuk tidak memberikan tekanan kepada subjek jika mereka meminta untuk tidak dinamakan.

Pada masa yang sama, bahan rujukan yang tidak dinamakan mungkin membuatkan penceritaan itu kurang dipercayai, jadi penting untuk berusaha meyakinkan subjek berkaitan menyertai sesi temubual secara sukarela. Memberikan penjelasan kepada subjek kenapa anda lebih memilih untuk merakamkan percakapan mereka merupakan cara yang lembut dan selalunya berkesan. Dalam apa jua keadaan sekalipun, keputusan terletak di tangan subjek itu. Jika anda mengesyaki subjek yang tidak ingin dinamakan itu mungkin memberikan keterangan yang kurang dipercayai, pertimbangkan memberi penjelasan di mana kerahsiaan masih lagi dikekalkan dalam semua kes di mana bukti kukuh diperlukan.

Memaklumkan orang yang ditemuduga

edit

Anda perlu mendedahkan kepada subjek yang anda temubual itu bahawa sesi temubual ini mungkin akan diterbitkan di Wikiberita.