Wn/ms/Wikiberita:Struktur penamaan

< Wn‎ | ms
Wn > ms > Wikiberita:Struktur penamaan

Struktur penamaan ialah senarai panduan tentang bagaimana mencipta dan menamakan rencana dengan betul.

Secara umumnya, laman penamaan rencana ini perlu diberi perhatian utama dalam penamaan sesebuah rencana. Walaupun pautan itu ditulis dalam Bahasa Inggeris, ia mungkin terpakai bagi pengguna Bahasa Melayu yang menghuraikan tentang meminimumkan nyahkaburan, dan pada masa yang sama penciptaan pautan yang memautkan ke sesuatu rencana itu menjadi mudah dan ringkas.

Dengan memastikan penggunaan penamaan dan pautan yang seragam membolehkan pautan itu dapat membawa ke tempat yang betul. Namun begitu, ini hanyalah struktur sahaja, bukan syarat yang perlu dipatuhi. Ada di antara penstrukturan nama yang sebelum ini boleh dipakai, kini tidak lagi sesuai digunakan.

Secara umumnya, kegagalan mengikuti penstrukturan yang disarankan bukanlah menjadi alasan dalam memindahkan atau membalikkan laman tanpa mendapat persetujuan bersama di laman perbincangan rencana tersebut. Tetapi jika ragu-ragu, ikut sahaja pengstrukturan yang disarankan.


Penstrukturan umum

edit

Penggunaan huruf besar

edit

Struktur: Tajuk rencana perlu ditulis dengan menggunakan kata nama am, melainkan terdapat singkatan atau nama orang atau apa-apa sahaja yang memerlukan perkataan itu ditulis dengan menggunakan kata nama khas.

  • Kata nama am: "Jakel melabur dalam projek pusat data bernilai RM1.2 bilion"
  • Kata nama am dan khas: "Kitab Fiqh Zakat karya Yusuf Al-Qaradawi dalam bahasa Melayu dilancarkan"

Dalam apa jua keadaan sekalipun, tajuk besar perlu dimulakan dengan penggunaan huruf besar pada perkataan pertama. Hanya gunakan huruf kecil di permulaan perkataan jika perkataan itu memang ditulis dengan gaya begitu (huruf kecil di permulaan).

Tanda baca

edit

Struktur: Tajuk besar ialah perkataan yang lengkap tanpa tanda baca di penghujung tajuk. Kecuali penggunaan tanda baca koma bagi menghuraikan secara ringkas kesan peristiwa tersebut. Contoh: Insiden tembakan rambang di Isketambola, 5 maut.

Penggunaan lokasi

edit

Struktur: Gunakan lokasi geografi dalam tajuk besar bagi menampakkan perbezaan jika perlu. Gunakan entiti geografi yang besar yang boleh difahami pembaca lain.

  • Gunakan negeri tanpa menyebut di negara mana: "Google bakal membangunkan pusat data pertamanya di Selangor"
  • Gunakan nama tempat jika nama tempat itu merupakan sebahagian daripada penamaan rasmi: "Kompleks LNG Bintulu Petronas kini pulih sepenuhnya"

Jangan gunakan lokasi jika tidak diperlukan. Contoh: "Presiden Bush berdepan soalan sukar", bukan "Presiden AS Bush berdepan soalan sukar". Atau "Pope John Paul II mati", bukan "Pope John Paul II mati di Vatican".

Tarikh pada tajuk

edit

Struktur: Sesebuah rencana tidak diwajibkan untuk diletakkan tarikh peristiwa pada tajuk.

Jenis tarikh (hari, bulan atau tahun) tidak diperlukan dalam tajuk berita, juga tidak diharamkan jika ingin meletakkannya. Penggunaan tarikh atau ketiadaan tarikh pada tajuk bukanlah menjadi satu alasan untuk memindahkan atau ulang pindah rencana tersebut.

Gunakan perkataan Bahasa Melayu

edit

Struktur: Namakan tajuk rencana anda dalam Bahasa Melayu piawai.

Jika tajuk rencana itu perlu bercampur dengan bahasa lain, sila condongkan tulisan tersebut.

Hati-hati dengan karakter khas

edit

Beberapa karakter khas sama ada tidak boleh digunakan atau ia akan mencetuskan masalah. Sebagai contoh, anda tidak sepatutnya menggunakan karakter garis menegak ( | ), kurungan berkerinting ( {} ) atau kurungan berpetak ( [] ) di dalam tajuk.

Tajuk tidak sepatutnya bermula dengan pautan kod antara bahasa atau antara wiki diikuti dengan titik bertindih. Sebagai contoh, rencana dengan tajuk FR:contoh akan dilencongkan ke Wikiberita Bahasa Perancis. wikipedia:contoh pula dilencongkan ke Wikipedia.

Lihat juga huraian di Wikipedia tentang gambaran umum larangan berkaitan tajuk laman (dalam Bahasa Inggeris).