Apa sahaja yang anda baca di sini ditulis oleh para sukarelawan seperti anda sendiri. Selain memulakan rencana sendiri, anda juga boleh menyunting laman-laman - mengembangkan rencana, membetulkan kesalahan ejaan, membetulkan fakta, mencadangkan polisi, bercakap dengan penyumbang Wikiberita yang lain, dan banyak lagi...
Apa yang istimewa tentang Wikiberita?
editSesiapa sahaja boleh menyumbang, dan rencana ditulis secara berkolaborasi untuk pembaca di seluruh dunia. Kami berusaha pada setiap masa untuk memenuhi dasar penulisan dan pelaporan dari sudut pandangan neutral, bagi memastikan kandungan laporan itu diolah dengan seadil-adilnya.
Tambahan pula, kesemua yang kami tulis akan dipetik sumbernya, bagi mengekalkan standard yang tinggi dalam kebolehpercayaan sesuatu berita.
Polisi kami tidak menyertakan bahagian pendapat dan komen bagi sesebuah rencana - jika anda ingin memberitahu kepada dunia apa yang anda fikirkan, cubalah berblog.
Wikiberita, seperti juga laman Wikipedia, dijalankan dan ditaja oleh para sukarelawan yang menderma masa dan wang mereka, dan tiada pengiklanan dikenakan. Setiap keputusan dibuat adalah secara bersama, dan kami juga berminat untuk berunding. Perbincangan adalah digalakkan, dan terdapat ramai orang di sekeliling yang boleh dijadikan teladan.
Apa sahaja yang telah dibuat pada wiki boleh dibatalkan, jadi ianya sangat mesra kepada pengguna baru. Antara muka juga direka bagi memudahkan penggunaan dan senang untuk dipelajari.
Apakah jenis rencana di Wikiberita?
editTerdapat dua jenis rencana berita yang dikongsi di Wikiberita:
- Rencana bersintesis - Ini adalah rencana yang biasa diterbitkan di Wikiberita. Kandungan rencana diambil dari beberapa bahan rujukan yang dipercayai (selalu dipetik sumbernya). Sangat jarang untuk menemukan kisah dari media lain yang mengandungi kesemua fakta, jadi kami menyediakan laporan yang lebih meluas dan terperinci. Kami hanya akan mengambil bahagian berita pada sesuatu bahan rujukan yang bersifat neutral sahaja.
- Laporan asli - Ini adalah laporan berita eksklusif yang ditulis oleh penyumbang Wikiberita. Anda boleh membaca dengan lebih lanjut mengenai jenis laporan ini di Wikiberita:Laporan asal. Jika anda ingin melaporkan sesuatu (tanpa menggunakan liputan dari media lain), kami mengalu-alukan laporan anda.
Di mana saya boleh bermula?
editBelajar cara membuat suntingan MediaWiki
- Beberapa ilmu asas diperlukan oleh mereka yang berminat untuk menerbitkan rencana. Untuk permulaan, anda perlu tahu bagaimana untuk menyunting laman. Namun begitu, anda tidak perlu berasa tertekan dengan keadaan ini. Terdapat ramai pengguna yang sanggup membantu anda jika anda memerlukan bantuan. Anda juga boleh mencuba di laman kotak pasir wiki kami, di mana anda bebas untuk menguji dan mencuba pelbagai kod aturcara yang anda inginkan.
Apa yang saya boleh sunting?
- Dalam hampir kesemua keadaan, sesiapa sahaja boleh menyunting rencana yang belum diterbitkan dan laman perbincangan. Selepas rencana itu diterbitkan, anda tidak dibolehkan menyunting laman itu jika tidak log masuk atau akaun anda berusia kurang dari empat hari, dan sekurang-kurangnya seminggu selepas rencana itu diterbitkan. Rencana yang telah diarkibkan hanya boleh disunting oleh para pentadbir. Anda boleh meminta suntingan dilakukan dengan menggunakan templat <belum wujud> di laman perbincangan.
Mula membaca, mula menulis
- Rencana yang diterbitkan akan dipaparkan di laman utama Wikiberita. Anda boleh bermula dengan membaca rencana-rencana tersebut; mungkin terdapat kesalahan yang perlu dibetulkan serta mendapat idea apa yang ditulis oleh pengguna lain.
Ingin tahu dengan lebih lanjut?
editPenilaian
- Semua rencana perlu melalui penilaian bebas sebelum ke fasa penerbitan.
Panduan gaya penulisan Wikiberita
- Seperti juga penerbitan yang lain, Wikiberita memiliki panduan gaya yang tersendiri, yang membantu para penyumbang dalam mengusahakan penerbitan rencana yang lebih menarik. Panduan gaya ini juga mengandungi banyak tip dan panduan tatabahasa. Tetapi 99% apa yang anda ingin tahu boleh didapati hanya dengan membaca rencana sedia ada.
Menyelidik menggunakan meja Penyelidikan Wikiberita
- Jika anda ingin melakukan penyelidikan berkaitan sesuatu rencana, anda boleh mencari pelbagai sumber di Wikinews:Research Desk kami. Terdapat juga laman di Wikipedia yang menyusun sumber berita mengikut kawasan.
Berhubung dengan pengguna Wikiberita lain
- Beberapa kemudahan disediakan bagi membolehkan anda berhubung mengenai pendapat, cadangan dan soalan dengan pengguna Wikiberita lain.
Masih keliru?
editJika anda sesat, cubalah Wikiberita:Kandungan.
Pertikaian
editPertikaian tidak dapat dielakkan. Kami semua sangat mesra di sini di Wikiberita, namun sedikit huru-hara, dan tidak semua orang mampu melihat keseluruhan Wikiberita sekaligus. Kami bukanlah mampu membaca fikiran, atau sehebat Wikiberita walaupun ini bukanlah medium komunikasi yang sempurna.
Sila bersabar dan bersopan santun jika anda mempunyai pertikaian.
Tips untuk menyelesaikan pertikaian yang serius boleh dirujuk di Wikiberita:Penyelesaian pertikaian.
Penilai dan pentadbir
editWikiberita, seperti wiki lain, cuba untuk tidak dihierarkikan sehingga setakat tugas yang kami lakukan sahaja. Perbezaan individu di antara pengguna lebih diraikan di sini berbanding dengan kebanyakkan wiki, dengan perhatian tertumpu kepada reputasi terkumpul individu tersebut. Beberapa tugas teknikal perlu dikhaskan kepada pengguna yang dipercayai, dan untuk itulah kenapa kami memiliki para penilai dan pentadbir.