Malaysia ialah sebuah negara di Asia Tenggara, di semenanjung Tanah Melayu, serta di utara Borneo. Negara ini antara tiga negara ekonomi harimau baru Asia, melihat perkembangan ekonomi dan manusia yang hebat dalam dekad yang terakhir. Sementara ibu negara Kuala Lumpur ialah bandar raya kosmopolitan, hutan tebal meliputi beberapa tanah di sana.
Wilayah
editMalaysia dibahagikan kepada dua wilayah geografi utama, lebih dikenali sebagai Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur.
Semenanjung Malaysia
editPantai Barat (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka) Kawasan yang lebih berkembang, menempatkan ibu kota moden Kuala Lumpur, bandar Warisan Dunia UNESCO dan tinggalan kolonial dan Kepulauan Langkawi. Perlis Kedah dan Perak merupakan pintu masuk ke Thailand melalui jalan darat. |
Pantai Timur (Kelantan, Pahang, Terengganu) Kawasan yang lebih menerapkan seni tradisional Islam, rumah kepada Taman Negara, sejumlah pulau yang belum diterokai dan Laluan Rel Pantai Timur, yang melalui kawasan pedalaman. Kelantan merupakan pintu masuk ke Thailand melalui jalan darat. |
Johor Terdiri daripada sebuah negeri, dua jalur pantai, ladang kelapa sawit yang amat luas dan pintu masuk ke Singapura melalui jambatan. |
Malaysia Timur
editSabah Selam skuba di Pulau Sipadan dan selam makro di Pulau Mabul, rizab alam semulajadi, Wilayah Persekutuan Labuan dan Gunung Kinabalu. |
Sarawak Negeri di selatan Malaysia Timur (Borneo). Rumah kepada rumah panjang, hutan rimba dan taman negara yang berbeza dengan ibu negeri, Kuching. Ia merupakan pintu masuk kepada Brunei dan Indonesia melalui jalan darat. |