Wy/ms/Kuala Lumpur

< Wy‎ | ms
Wy > ms > Kuala Lumpur

Wy/ms/Kuala Lumpur

Menara Petronas

Kuala Lumpur, lazim disingkatkan sebagai KL oleh penduduk tempatan, merupakan ibu negara persekutuan Malaysia dan bandaraya terbesar dengan 6.5 juta penduduk (penduduk bandaraya pusat seramai 1.8 juta orang). Kuala Lumpur boleh diibaratkan sebagai pusat interaksi pelbagai budaya dengan penumpuan beberapa hotel 5 bintang termurah di dunia, pusat membeli-belah yang mengagumkan, makanan dari seluruh dunia dan keajaiban alam semula jadi dalam jarak perjalanan harian.

Permandangan langit Kuala Lumpur sewaktu senja

Daerah edit

Kuala Lumpur adalah sebuah bandar yang luas dengan pinggir bandar kediaman yang luas mata memandang. Bandaraya ini merupakan sebuah wilayah persekutuan dengan keluasan 243 km2 (94 sq mi) yang diuruskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan terdiri daripada lapan bahagian yang dibahagikan lagi kepada 42 kawasan tempatan untuk tujuan pentadbiran. Daerah berikut telah dikonsepkan untuk pelawat ke Kuala Lumpur.

 
Peta Kuala Lumpur

  Zon Segi Tiga Emas (Bukit Bintang, Pudu)
Daerah pusat perniagaan di Kuala Lumpur yang terletak di timur laut Pusat Bandar Lama. Kawasan ini penuh dengan pusat membeli-belah, bar dan hotel lima bintang, bersama-sama dengan Menara Berkembar Petronas yang ikonik.
  Pusat Bandar Lama (Pekan Cina)
Kawasan ini merupakan kawasan teras tradisional Kuala Lumpur kerana terdapat pusat pentadbiran jajahan British lama serta mercu-mercu seperti Dataran Merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad, Kelab Selangor dan bekas pusat stesen kereta api dan bangunan pentadbiran kereta api. Daerah ini juga termasuk pusat komersil Cina lama Kuala Lumpur yang kini dirujuk oleh ramai orang sebagai Pekan Cina (atau Chinatown dalam bahasa Inggeris). Pada tahun 2024, bangunan pencakar langit tertinggi di Malaysia (PNB 118) akan terletak di bahagian bandar ini.
  Taman Botani
Muzium Negara, Masjid Negara, Taman Botani, Taman Burung dan Rama-rama, Taman Orkid & Bunga Raya, Muzium Kesenian Islam dan Planetarium Negara terletak di sini. Berjalan kaki sekejap sahaja ke utara taman tersebut adanya Monumen Negara.
  Brickfields dan Bangsar (Brickfields, Bangsar, Bukit Persekutuan, Mid Valley, Seputeh)
Brickfields ialah Pekan India (atau Little India dalam bahasa Inggeris) Kuala Lumpur yang dipenuhi dengan kedai saree dan restoran nasi daun pisang. Pusat stesen kereta api utama Kuala Lumpur, KL Sentral, terletak di sini. Bangsar merupakan daerah restoran dan pub yang popular manakala Mid Valley, dengan Megamallnya, ialah salah satu destinasi membeli-belah paling popular di bandar ini. Seputeh ialah tempat adanya kuil Thean Hou.
  Pusat Bandar Utara (Kampung Baru, Titiwangsa, Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit)
Terletak di barat laut Segi Tiga Emas dan lanjutan dari Pusat Bandar Lama. Rumah kepada pelbagai pilihan aneka pusat beli-belah moden, pasar jalanan tradisional dan tempat penginapan bajet. Kampung Baru, perkampungan Melayu terakhir di Kuala Lumpur, adalah syurga makanan bagi gerai-gerai jalanan dan restoran dalam suasana kampung tradisional.
  Pinggiran bandar barat (Bukit Damansara, Desa Sri Hartamas, Bukit Tunku, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Taman Bukit Maluri)
Sebahagian besarnya di pinggir bandar, daerah di sebelah barat bandar ini menempatkan beberapa lokasi restoran yang menarik. Bukit Kiara - hutan hujan sekunder - ialah tempat mendaki dan berbasikal gunung yang paling popular di KL. Daerah ini juga bergabung ke bahagian utara Petaling Jaya (PJ).
  Pinggiran bandar timur (Ampang, Desa Pandan, Taman Maluri, Cheras, Salak Selatan)
Terletak di timur bandar, Ampang merupakan rumah kepada Little Korea Kuala Lumpur dan kebanyakan kedutaan asing serta komisen tinggi. Cheras adalah pinggiran bandar dengan ramai penduduk Cina di sini.
  Pinggiran bandar utara (Sentul, Batu, Setapak, Wangsa Maju, Desa Melawati dan lain-lain)
Kawasan besar di utara bandar ini adalah rumah kepada beberapa tarikan keajaiban semula jadi, seperti Batu Caves, Zoo Negara dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia.
  Pinggiran bandar selatan (Taman Desa, Kuchai Lama, Sungai Besi, Bandar Tasik Selatan, Alam Damai, Bukit Jalil, Sri Petaling dan lain-lain)
Daerah ini mungkin tidak begitu menarik minat pelancong, walaupun Stadium Nasional Kuala Lumpur dan Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil terletak di sini.

Kombinasi Pusat Bandar Lama, Taman Botani, Utara Pusat Bandar dan kawasan pinggiran utara Kuala Lumpur, yang penuh dengan sejarah juga dikenali sebagai Segi Tiga Intan.

Melangkaui kawasan teras bandaraya Kuala Lumpur juga terdapat bandaraya-bandaraya satelit berdekatan seperti Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Port Klang, Ampang, Puchong, Selayang/Rawang, Kajang and Sepang, yang semuanya terletak di Selangor dan mengelilingi Kuala Lumpur. Dalam lingkungan yang sama, juga dikelilingi oleh Selangor, terdapat Wilayah Persekutuan Putrajaya, yang merupakan ibu negara pentadbiran dan penghakiman secara de facto. Bandar-bandar tersebut bercantum sehingga sukar untuk dikenal pasti mana penghujung Kuala Lumpur dan mana bermulanya sempadan Selangor. Gabungan pelbagai bandaraya yang berkembang dekat antara satu sama lain membentuk satu metropolitan yang besar yang dikenali sebagai Greater Kuala Lumpur atau lebih dikenali sebagai Lembah Klang.


Panduan pelancongan bandar ini ke Kuala Lumpur ialah rencana usable. It has information on how to get there and on restaurants and hotels. Orang yang suka mengembara boleh guna rencana ini, tetapi tolong jangan segan-segan untuk menambah baiknya dengan menyunting laman ini.

Wy/ms/Category:cityWy/ms/Category:Rencana usableWy/ms/Category:Rencana city{{#assessment:city|usable}}