Negeri Sembilan ialah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di barat daya semenanjung Melayu. Negeri ini terkenal dengan pengamalan Adat Perpatih yang tersendiri, alam semula jadi dan sektor pertanian, serta kawasan bandar yang menjadi kawasan bandar satelit bagi dua kawasan metropolitan, Lembah Klang dan bandar raya Melaka.
Daerah
editNegeri Sembilan mempunyai 7 daerah yang mempunyai keistimewaan tersendiri.
Negeri Sembilan
editZon Pembangunan Moden (Seremban, Port Dickson) Kawasan pembangunan utama yang menempatkan ibu negeri dan bandar warisan Seremban dan bandar pantai peranginan Port Dickson. Ia bersempadan dengan kawasan pembangunan utama Malaysia di Lembah Klang di utara, dan Melaka di selatan. Kawasan ini menjadi pintu masuk utama ke negeri melalui sistem lebuh raya utama negara. Ia merangkumi kawasan luak berundang, Sungei Ujong, termasuk wilayah adat Linggi. |
Zon Pembangunan Pertanian (Jempol, Kuala Pilah, Rembau, Tampin) Kawasan yang kaya dengan warisan dan memberi tumpuan kepada pertanian. Ia menempatkan bandar diraja dan wilayah adat Seri Menanti. Ia turut merangkumi kawasan luak berundang Johol, Luak Tanah Mengandung (Ulu Muar, Ineh, Terachi, Gunung Pasir dan Jempol, serta wilayah adat Tampin. Kawasan ini bersempadan dengan di Pahang di timur, Johor di tenggara dan Melaka di selatan. |
Zon Kepelbagaian Semula Jadi (Jelebu) Kawasan yang dibangunkan untuk pemeliharaan hutan dan alam semula jadi. Kawasan ini menempatkan hutan simpan kekal terbesar di negeri ini. Ia merangkumi kawasan luak berundang, Jelebu, dan bersempadan dengan di Pahang di timur dan Selangor di barat. |