Wn/ms/Seniman dan penyair Pyanhabib meninggal dunia

< Wn | ms
Wn > ms > Seniman dan penyair Pyanhabib meninggal dunia

4 Jun 2024 (Selasa)

KUALA LUMPUR - Seniman, penyair dan pelakon Malaysia Mohd Supyan Abdul Rahman, atau lebih dikenali sebagai Pyanhabib meninggal dunia pada usia 66 tahun di kediamannya di Hulu Kelang, Selangor pada Selasa malam.

Berita itu dikongsi oleh isterinya menerusi hantaran di Facebook milik Pyanhabib. "Suami saya Pyanhabib yang anda kenal sudah tiada, kembali pada penciptaNya. Maafkan kesalahannya doakan yang baik-baik untuknya."

Turut berkongsi berita sedih itu ialah Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor Mohd Najwan Halimi menerusi hantarannya di Facebook, "Dukacita dimaklumkan seniman Pyanhabib Rahman baru saja menghembuskan nafas terakhir di kediaman beliau di Hulu Kelang sebentar tadi. Sesungguhnya kita datang dari Allah, dan kepada Allah jua kita akan kembali. Al-Fatehah."

Mohd Supyan Abdul Rahman dilahirkan pada 27 Mei 1958 di Taiping, Perak. Dia baru sahaja menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-66 pada 27 Mei lalu. Menurut hantaran di Wikipedia Bahasa Melayu, Pyanhabib dipercayai hilang deria pendengaran ketika berumur 12 tahun semasa beliau diserang demam panas.


Sumber

edit


Kongsikan berita ini