24 Julai 2024 (Rabu)
TOKYO - Pelakon suara latar Jepun, Noriko Ohara yang dikenali menyumbang suara ikonik Nobi Nobita dalam siri animasi Doraemon meninggal dunia pada 12 Julai, umum syarikat agensinya, 81 Produce. Beliau berusia 88 tahun.
Menerusi kenyataan yang diterbitkan di laman rasmi agensi, pelakon itu meninggal dunia akibat penyakit yang dihidapinya. "Atas permintaan keluarga mendiang, upacara pengebumian telah dijalankan secara tertutup. Kami ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga atas sokongan anda sepanjang hayatnya," katanya.
Ohara dilahirkan di Tokyo dan memulakan karier dalam bidang lakonan di televisyen. Dalam siri animasi Doraemon, beliau pada asalnya melakonkan suara emak kepada Nobita, Tamako dalam siri yang diterbitkan pada 1973, namun begitu beliau ditugaskan untuk melakonkan suara Nobita bermula siri yang diterbitkan pada 1979.
Suaranya yang ikonik, nyaring serta mengalunkan menjadikan watak Nobita itu terkenal untuk beberapa generasi terdahulu, sehingga 2005. Selain siri Doraemon, beliau juga menyumbang suaranya dalam siri Time Bokan dan Future Boy Conan.
Ohara meninggalkan suami dan seorang anak lelaki.
Sumber
edit- (Inggeris) Samantha Low. " Noriko Ohara, Voice of Doraemon’s Nobita Nobi, Passes Away at 88 " — Tokyo Weekender, 23 Julai 2024
- (Inggeris) Megan Peters. " Doraemon Star Noriko Ohara Dies at 88 " — ComicBook, 23 Julai 2024
- (Inggeris) " Beloved ‘Doraemon’ animated series voice actress Noriko Ohara dies at 88 " — Malay Mail, 23 Julai 2024
- (Inggeris) " Noriko Ohara, Voice Actress for Nobita in 'Doraemon' Passes Away at 88 " — TokyoHive, 23 Julai 2024