Wn/ms/Enam lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Mekah selepas wukuf

< Wn | ms
Wn > ms > Enam lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Mekah selepas wukuf

20 Jun 2024 (Khamis)

Seramai enam lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Mekah, dengan jumlah keseluruhan kini seramai 14 orang para jemaah Malaysia meninggal dunia di sana pada musim haji tahun ini, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Mohd Na'im Mokhtar.

Para jemaah yang dikenalpasti itu ialah Nik Noor Azlinna Noor Basir, 54 tahun, dari Kelantan, Roba’ayah Yusoff, 71 tahun dan Syed Abu Hassan Basri Syed Ahmad, 74 tahun masing-masing dari Perak, Bawi Solek, 75 tahun dari Sarawak, Raksan@Hassan Matasil, 74 tahun dari Sabah serta Madon Mohamed, 71 tahun dari Johor.

Mohd Na'im berkata kesemua jemaah yang meninggal dunia itu berpunca daripada penyakit jantung, pneumonia dan jangkitan kuman dalam darah dan mereka sempat melakukan ibadah wukuf di padang Arafah. Tambahnya, Tabung Haji (TH) telah bekerjasama dengan pihak Hospital Arab Saudi dan telah berhubung dengan waris mengenai berita kematian itu.

"Bagi pihak pengurusan TH, saya ingin mengucapkan salam takziah kepada waris jemaah yang meninggal dunia di Mekah. Bersama-sama, kita mendoakan agar roh mereka ditempatkan dari kalangan orang-orang beriman," katanya menerusi sidang media di bangunan ibu pejabat TH malam tadi.

Kesemua jenazah akan dikebumikan sama ada di Tanah Perkuburan Shuhada Al-Haram atau Tanah Perkuburan Sharayaa, Mekah.


Sumber

edit


Kongsikan berita ini