Wn/ms/Pengarah teater Malaysia terkenal, Rosminah Tahir meninggal dunia

< Wn | ms
Wn > ms > Pengarah teater Malaysia terkenal, Rosminah Tahir meninggal dunia

19 Mei 2024 (Ahad)

Kuala Lumpur - Pengarah drama teater terkenal Malaysia, Dr Rosminah Tahir menghembuskan nafas terakhir di rumah kediamannya di Keramat, Kuala Lumpur petang tadi. Allahyarham Rosminah baru saja meraikan ulang tahun kelahirannya pada 13 Mei yang lalu.

Setakat ini, punca kematian Allahyarham belum dipastikan lagi. Manakala jenazahnya dijangka akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Muar, Johor untuk proses pengebumian.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham banyak mengarahkan pementasan drama teater, antara yang popular ialah pementasan drama teater berjudul "Anugerah" pada tahun 1996, "Lantai T Pinkie" (1997) dan "Malam Haram". Allahyarham juga sekali lagi mengarahkan teater muzikal "Lantai T Pinkie" pada tahun 2023 yang membariskan pelakon Nabila Huda sebagai Nyai Sunarti.


Sumber

edit


Kongsikan berita ini