19 Julai 2020 (Ahad)
Seorang pelakon Jepun terkenal, Haruma Miura, ditemui dalam keadaan tergantung di rumahnya di Tokyo pada jam 1 tengah hari. Dia telah dihantar ke hospital namun malangnya dia gagal diselamatkan.
Kejadian itu terbongkar kerana Miura dijadualkan untuk berjumpa dengan seseorang untuk urusan kerja, namun tidak muncul. Sumber juga mengatakan bahawa terdapat nota bunuh diri yang ditemui di rumahnya.
Miura memulakan kerjaya lakonannya ketika zaman kanak-kanaknya dan sangat terkenal menerusi filem Kimi ni Todoke pada 2010. Dia turut membintangi Attack on Titan pada 2015.
Dia turut popular membintangi pelbagai drama TV termasuk Bloody Monday, Last Cinderella dan Gokusen. Filem-filem lainnya juga termasuk Koizora dan Eien no Zero.
Sumber
edit- (Melayu) "Pelakon terkenal Jepun Haruma Miura meninggal dunia selepas ditemui tergantung" — Astro Awani, 18 Julai 2020
- (Melayu) "Haruma Miura meninggal dunia" — Harian Metro, 18 Julai 2020
- (Melayu) "Pelakon terkenal Jepun Haruma Miura meninggal duni" — Sinar Harian, 18 Julai 2020
- (Melayu) "Japanese actor Haruma Miura dies in suspected suicide" — The Star Malaysia, 18 Julai 2020