Wn/ms/Kabosu, anjing yang popular dengan meme "Doge" meninggal dunia

< Wn | ms
Wn > ms > Kabosu, anjing yang popular dengan meme "Doge" meninggal dunia

25 Mei 2024 (Sabtu)

Kabosu, seekor anjing yang pernah mencetus fenomena di seluruh dunia kerana wajahnya yang dijadikan meme, meninggal dunia semalam, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan pemilik anjing tersebut. Anjing itu sebelum ini mengalami masalah leukemia dan jangkitan di bahagian hati.

Kabosu bersama pemiliknya, Sato (2023)
Imej: Asanagi.

Lebih dikenali sebagai "doge", anjing dari baka shiba inu Jepun itu berumur 18 tahun ketika kematiannya. "Dia meninggal dunia dalam keadaan tenang seolah-olah sedang tidur semasa saya membelainya," kata Atsuko Sato, pemilik anjing popular itu menerusi hantaran di blog. "Saya rasa Kabo-chan merupakan anjing yang paling gembira di dunia. Dan saya tentunya paling gembira sekali."

Pada tahun 2010, dua tahun selepas Kabosu diambil dari pusat penternakan anjing komersial selepas ditutup, Sato mengambil gambar haiwan peliharaannya itu dengan melakukan silangan tangan sambil duduk di atas sofa.

Gambar yang menunjukkan muka Kabosu melakukan memek muka yang ikonik itu kemudian diterbitkan di blognya, dan tersebar di laman forum Reddit. Dari situ gambar Kabosu itu menjadi fenomena meme yang digunakan di laman-laman sosial. Ianya juga dijadikan inspirasi dalam pembangunan mata wang kripto, Dogecoin di mana pada awalnya mata wang itu hanyalah dibangunkan secara suka suka oleh dua orang jurutera perisian.

Sumber

edit


Kongsikan berita ini