Wn/ms/KDYMM Sultan Brunei dan Raja Bahrain berangkat tiba Istana Negara

< Wn | ms
Wn > ms > KDYMM Sultan Brunei dan Raja Bahrain berangkat tiba Istana Negara

Kuala Lumpur, 20 Julai 2024 (Sabtu) - Kebawah Duli-duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Haji Hassanal Bolkiah, dan Raja Bahrain, Sheikh Hamad bin Isa Al-Khalifa berangkat tiba di Istana Negara hari ini bagi menyaksikan pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Wikinews
Wikinews
Rencana ini menyiarkan laporan langsung oleh sukarelawan Wikiberita. Lihat laman perbincangan untuk perincian lanjut.


Keberangkatan tiba Sultan dan Yang di-Pertuan Brunei Darussalam.
Keberangkatan tiba Raja Bahrain.

Kedua-dua Baginda telah berangkat tiba di Kuala Lumpur kelmarin, dan berangkat tiba ke Istana Negara menaiki kenderaan rasmi yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia.

Turut menghadiri ialah Menteri Kanan Singapura, Lee Hsien Loong, yang turut memasuki pintu utama Istana Negara awal pagi tadi.

Sultan Ibrahim merupakan Sultan bagi negeri Johor telah dipilih untuk menggalas tugas jawatan Yang di-Pertuan Agong XVII oleh Majlis Raja-raja Melayu tahun lepas. Baginda akan ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong pada hari ini di Istana Negara.

Turut berangkat tiba ialah Duli-duli Yang Maha Mulia Baginda Raja-raja Melayu dari seluruh negara, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Timbalan-timbalan Perdana Menteri.

Istiadat Mengangkat Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan telah dijalankan pada 31 Januari lalu.


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog