31 Januari 2024 (Rabu)
LAPORAN ASLI - KUALA LUMPUR - Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong XVII, bagi menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah, yang telah tamat tempoh pemerintahan selaku Yang di-Pertuan Agong XVI semalam.
Sultan Ibrahim tiba di Istana Negara pada jam 10.41 pagi tadi, setelah mendarat di Lapangan Terbang Sultan Aziz Shah, Subang daripada Lapangan Terbang Senai, Johor.
Istiadat tersebut disaksikan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu lain, Tuan-tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, serta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri-menteri Besar Malaysia.