Wn/ms/Bekas Presiden A.S, Jimmy Carter, meninggal dunia

< Wn | ms
Wn > ms > Bekas Presiden A.S, Jimmy Carter, meninggal dunia

30 Disember (Isnin)


WASHINGTON D.C - Bekas Presiden Amerika Syarikat (A.S), Jimmy Carter telah meninggal dunia pada usia 100 tahun awal pagi tadi (waktu Malaysia). Beliau merupakan bekas presiden pertama yang mencapai usia 100 tahun.

Potret Jimmy Carter ketika beliau menjadi Presiden A.S (1977-1981)

Terdahulu, beliau telah dimasukkan ke penjagaan hospis pada Februari 2023 dan berkata mahu "meluangkan saat-saat akhirnya di rumah bersama keluarga".

Sementara itu, Presiden A.S, Joe Biden telah memberi ucapan takziah dan memberitahu bahawa beliau adalah seorang yang bersederhana. Manakala, Presiden A.S terpilih, Donald Trump, turut memberi ucapan takziah dalam satu hantaran di media sosial Truth.

Jimmy Carter merupakan seorang ahli Parti Demokrat A.S. Beliau pernah menjawat peranan Presiden pada tahun 1977 hingga 1981 selepas memenangi pilihan raya pada 1976. Namun, beliau gagal dipilih buat kali kedua selepas tewas pada pilihan raya Presiden 1980 kepada Ronald Reagan.

Beliau juga pernah memenangi Hadiah Keamanan Nobel pada tahun 2002.

Sumber

edit


Kongsikan berita ini