15 Julai 2020 (Rabu)
BENTONG - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim River, YB Dato’ Khusairi bin Abdul Talib (BN) dilaporkan telah meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Bentong, Pahang, sebentar tadi.
Perkara tersebut telah disahkan oleh Ahli Parlimen Jelebu, YB Dato’ Jalaluddin bin Alias.
"Berita yg amat mengejutkan, sy kehilangan seorang sahabat yg sgt baik ... YB Khusairi ADUN Slim River baru disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung di hospital bentong," katanya menerusi sebuah ciapan di laman Twitter beliau pada jam 4.46 petang tadi.
Menurut sumber, jenazah Allahyarham kini masih di hospital dan akan dibawa balik ke Tanjung Malim untuk dikebumikan.
Sumber
edit- "[1]" — Jalaluddin Alias @ Twitter, 15 Julai 2020
- "ADUN Slim meninggal dunia" — MalaysiaGazette, 15 Julai 2020