Wy/ms/Kota Damansara

< Wy‎ | ms
Wy > ms > Kota Damansara

Kota Damansara ialah sebuah kawasan perbandaran dalam Daerah Petaling, Selangor, Malaysia. Kawasan perbandaran ini terletak di bawah seliaan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Ia juga dikenali sebagai Seksyen PJU 5.

Kota Damansara

Fahami edit

Sebelum dikenali sebagai Kota Damansara, kawasan ini dikenali sebagai Pusat Bandar Sungai Buloh. Nama Kota Damansara itu sendiri telah dipilih oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS); yang juga membangunkan kawasan ini. Sebelum kawasan ini terbina, ia dilitupi dengan kawasan perhutanan yang tebal dengan beberapa batang sungai yang mengalir seperti Sungai Tambul dan Sungai Rumput.

Akses edit

Dengan jalan raya edit

 
Persiaran Surian

Kota Damansara mempunyai jaringan jalan raya yang sangat baik. Ia dihubungkan dengan Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) di Persimpangan Kota Damansara (susur keluar 104) – yang terletak di bahagian timur Kota Damansara. Selain itu juga, Kota Damansara dihubungkan dengan lebuh raya bertingkat yang menganjur dari Puncak Perdana ke Damansara Perdana iaitu dikenali sebagai Lebuhraya Bertingkat Damansara–Shah Alam. Anda boleh mengambil Persimpangan Surian (susur keluar 3108) dan Persimpangan Sunway Damansara (susur keluar 3109) untuk mencapai kawasan ini.

Selain itu juga, jaringan Jalan Persekutuan juga melalui Kota Damansara; iaitu Jalan Persekutuan 15. Ia dikenali sebagai Jalan Sungai Buloh dalam kalangan masyarakat tempatan. Pengguna dari Sungai Buloh ataupun Subang boleh menggunkan jalan ini untuk menuju ke Kota Damansara, melalui persimpangan Persiaran Sungai Buloh dan persimpangan Jati. Dari arah Kuala Lumpur pula, anda boleh menggunakan Lebuhraya Damansara–Puchong (LDP) untuk capai kawasan ini, dengan mengambil susur keluar ke Persiaran Surian di Mutiara Damansara. Persiaran Surian merupakan jalan raya utama di Kota Damansara.

Dengan bas edit

 
Bas laluan 780 di Hab Pasar Seni, Kuala Lumpur

Kota Damansara mempunyai jaringan bas henti-henti yang dikendalikan oleh Rapid KL. Terdapat lima laluan bas Rapid KL yang melalui kawasan perbandaran Kota Damansara secara amnya iaitu:

  • Laluan 780 merupakan sebuah laluan pergi-balik; bermula di kawasan PPR Kota Damansara dan tamat di Hab Pasar Seni dekat Platform D untuk ke arah Kuala Lumpur manakala ke arah Kota Damansara pula sebaliknya. Bas laluan 780 beroperasi setiap hari dengan kekerapan 25 hingga 60 minit; bergantung dengan keadaan lalu lintas semasa.
  • Laluan 802 pula bermula di Stesen LRT Kelana Jaya dan tamat di Gugusan Dedap, berdekatan dengan NSK Trade City Kota Damansara. Laluan 802 juga merupakan laluan pergi-balik.
  • Laluan T801 merupakan sebuah laluan keliling, bermula di Stesen MRT Kwasa Sentral, di barat Kota Damansara, memasuki kawasan-kawasan perumahan dan komersial dalam Seksyen 6, 7, 8 dan 9 Kota Damansara.
  • Laluan T805 juga merupakan laluan keliling, bermula di Stesen MRT Kota Damansara dekat Hospital Thomson Kota Damansara, melalui Taman Sains Selangor, Seksyen 4 dan 5 Kota Damansara.
  • Laluan T808 pula bermula di Stesen MRT Surian dekat Dataran Sunway, dan akan melalui The Strand, komersial Dataran Sunway, Giant Kota Damansara, NSK Trade City Kota Damansara dan perumahan Seksyen 11 Kota Damansara.

Dengan rel edit

 
Stesen MRT Surian

Kota Damansara dihubungkan dengan perkhidmatan transit aliran deras (MRT) Laluan Kajang. Ia telah memulakan operasi buat julung kalinya pada tahun 2016. Terdapat dua stesen kereta api di Kota Damansara iaitu Kota Damansara dan Surian. Stesen MRT Kota Damansara terletak berhampiran dengan Hospital Thomson Kota Damansara dan Universiti SEGI; manakala Stesen MRT Surian terletak di kawasan komersial Dataran Sunway dan pusat beli-belah Tropicana Garden. Laluan Kajang menyediakan perkhidmatan kereta api ke Kwasa Damansara dan Kajang; dengan melewati dua stesen kereta api tersebut.

Jelajah edit

Jalan kaki edit

Beberapa kawasan di Kota Damansara mempunyai pavemen pejalan kaki, terutama di sekitar kawasan komersial Dataran Sunway. Terdapat juga pavemen berismen di sepanjang Persiaran Surian, Persiaran Mahogani, Persiaran Jati, Persiaran Sungai Buloh dan Persiaran Teknologi.

Dengan basikal edit

Boleh dikatakan, Kota Damansara boleh dijelajah dengan menggunakan basikal, kerana sepanjang jalan raya utama di Kota Damansara seperti contoh Persiaran Surian dilengkapi dengan pavemen. Pavemen ini merupakan pavemen gunasama di mana basikal dan pejalan kaki boleh menggunakannya dengan baik. Namun, anda diingatkan supaya berhati-hati semasa menunggang basikal, terutama di kawasan yang tidak mempunyai pavemen guna sama.

Dengan kereta edit

Kota Damansara boleh dijelajah dengan kereta kerana rangkaian jalan raya di Kota Damansara sangat baik. Semua kawasan di Kota Damansara dihubungkan dengan jalan raya yang diselia sepenuhnya oleh pihak berkuasa tempatan. Di kawasan yang sesak terutamanya di kawasan komersial Dataran Sunway, Seksyen 6 Kota Damansara dan Seksyen 8 Kota Damansara, parkir amatlah terhad. Di sesetengah kawasan di Kota Damansara pula, kawasan parkir perlu dibayar secara digital; iaitu melalui aplikasi Smart Selangor Parking bermula Januari 2022. Terdapat juga pusat beli-belah juga menyediakan parkir berbayar seperti Sunway Giza, Sunway Nexis, The Strand dan Tropicana Garden.

Dengan bas edit

 
Bas laluan T801 di Kompleks Muhibbah

Sekiranya anda berhajat untuk meneroka Kota Damansara dengan bas, Hab Bas MRT Kwasa Sentral, Hab Bas MRT Kota Damansara, Hab Bas MRT Surian dan Hab Bas Seksyen 8 Kota Damansara – merupakan terminal bas yang am yang terdapat di Kota Damansara. Dari Hab Bas MRT Kwasa Sentral, ia menyediakan lima laluan, namun yang memasuki Kota Damansara, hanyalah satu iaitu T801. Laluan bas ini bakal melewati Taman Industri Sungai Buloh, Bestari De Kota, Kompleks Muhibbah dan perumahan Seksyen 6, 7, 8, 9 Kota Damansara. Perkhidmatan bas bermula seawal jam 6.00 pagi dan berakhir pada 11.30 malam.

Di Hab Bas MRT Kota Damansara, hanya tersedia satu laluan sahaja iaitu T801; bas laluan 780 hanya sekadar melalui (pass-by). Bas laluan T805 akan melalui Komersial Sepah Puteri 5/1B, Masjid Kota Damansara dan SMK Seksyen 4 Kota Damansara. Manakala di Hab Bas MRT Surian pula, bas laluan T808 berkhidmat di situ. Bas laluan T808 akan membawa akan ke Dataran Sunway, Padang Kota, The Strand, NSK Trade City Kota Damansara dan Giant Hypermarket Kota Damansara. Perkhidmatan bas bagi dua laluan tersebut bermula dan berakhir sama seperti perkhidmatan bas laluan T801. Tambang yang dikenakan bagi ketiga-tiga laluan di atas ialah RM1 sahaja; mod pembayaran ialah tanpa tunai.

Tinjau edit

  • Taman Eko Rimba Kota Damansara, Persiaran Beringin. Sebuah taman eko rimba yang sesuai untuk riadah bersama keluarga. Terdapat juga sebuah tasik di sini.
  • Taman Pekaka, Jalan Pekaka 8/1. Terletak di kawasan perniagaan Seksyen 8 Kota Damansara yang sibuk, ia merupakan sebuah taman untuk riadah.
  • Masjid Kota Damansara, Jalan Sepah Puter 5/21. Terletak di utara Seksyen 5 Kota Damansara, ia merupakan pusat ibadah utama bagi umat Islam di Kota Damansara.
  • Muzium Coklat, Jalan Teknologi 3/5. +603-7490 4260. Setiap hari: 10 pagi–4 petang. Sebuah muzium yang memamerkan sejarah coklat dan penyediaan coklat.

Buat edit

 
Perpustakaan Komuniti MBPJ Cawangan Kota Damansara
  • Lapangan Sasar Kota Damansara (Kota Damansara Driving Range), Jalan PJU 5/1. Sebuah lapangan sasar untuk golf di Kota Damansara.
  • Perpustakaan Komuniti MBPJ Cawangan Kota Damansara, Jalan Nuri 7/1. Sebuah perpustakan umum yang diselia oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Beli-belah edit

 
Tropicana Gardens Mall
  • Tropicana Gardens Mall, Persiaran Surian. +6012-715 8988. Setiap hari: 10 pagi–10 malam. Sebuah pusat beli-belah baharu di Kota Damansara yang dihubungkan dengan stesen MRT Surian.
  • Sunway Nexis, No. 1, Jalan PJU 5/1. +603 7610 0572. Setiap hari: 11 pagi–11 malam. Pembangunan bercampur.