Wn/ms/Melbourne dikenakan perintah berkurung selama 6 minggu

< Wn‎ | ms
Wn > ms > Melbourne dikenakan perintah berkurung selama 6 minggu

8 Julai 2020 (Rabu)


Melbourne - Melbourne dikenakan perintah berkurung lagi sekali apabila kes Covid-19 kembali meningkat. Dalam tempoh 24 jam, 134 kes Covid-19 baharu direkodkan.

Ia akan berkuat kuasa selama enam minggu mulai tengah malam Rabu. Restoran dan kafe akan beroperasi tetapi hanya untuk bawa pulang, manakala gimnasium, salun kecantikan dan pawagam kembali ditutup.

Sumber edit