Wn/ms/Lebih 3000 peserta sertai Perarakan Gawai Dayak 2024

< Wn‎ | ms
Wn > ms > Lebih 3000 peserta sertai Perarakan Gawai Dayak 2024

Kuching, 15 Jun 2024 (Sabtu) - Seramai kira-kira 3,070 orang peserta menyertai Perarakan Gawai Dayak 2024 yang diadakan di sini hari ni.

Wikinews
Wikinews
Rencana ini menyiarkan laporan langsung oleh sukarelawan Wikiberita. Lihat laman perbincangan untuk perincian lanjut.


Peserta perarakan memakai busana tradisional Iban

Perarakan yang menjadi salah satu acara utama bagi Sambutan Gawai Dayak Peringkat Negeri 2024 secara keseluruhan disertai oleh 111 kontinjen yang terdiri daripada pelbagai pertubuhan kebudayaan dari masyarakat Iban, Bidayuh, Orang Ulu, dan Kadazandusun termasuk agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan.

Gerbang titik mula di hadapan bangunan Tun Jugah

Antara kontinjen terlibat ialah Persatuan Dayak Iban Sarawak (SADIA), Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA), Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU), Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) Sarawak, Persatuan Anak Borneo Semenanjung (ABS), dan Unit Hal Ehwal Agama-agama Lain (UNIFOR) Jabatan Premier Sarawak.

Perarakan bermula kira-kira 2.30 petang dari hadapan bangunan Tun Jugah dan berakhir di Tebingan Kuching dengan jarak jalan kira-kira 1.2 kilometer.

Terdahulu acara dirasmikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg yang turut diserikan dengan persembahan pisien yang menjadi adat bagi masyarakat Bidayuh.

Hadir sama, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian,dan anggota kabinet negeri.

Petikan sumber

edit
Kongsikan berita ini