Wn/ms/Badut meminta cuti umum sempena Hari Badut di Peru

< Wn | ms
Wn > ms > Badut meminta cuti umum sempena Hari Badut di Peru

26 Mei 2024 (Ahad)

Lima - Beratus-ratus orang berpakaian badut dengan identiti tersendiri seperti hidung merah yang berbentuk bulat, kasut yang bersaiz lebih besar daripada yang biasa, pakaian yang berwarna-warni dan solekan unik yang tersendiri berkumpul di jalanan sekitar ibu negara Peru bagi menyambut Hari Badut.

Gambar hiasan.
Imej: Lance Cpl. Christian Robertson.

Selain itu, Hari Badut itu juga menampilkan beberapa anugerah seperti pakaian terbaik, solekan, gaya dan improvisasi terbaik juga ditawarkan. Acara ini disambut setiap 25 Mei di Peru, dengan rata-ratanya telah berusaha selama bertahun-tahun meminta pengiktirafan rasmi dari pihak kerajaan terhadap Hari Badut serta merizabkan 25 Mei sebagai cuti umum.

"Di Peru, adanya Hari Peguam, Hari Ceviche dan kami juga mahu Hari Badut kerana itu akan membuka peluang kepada kami untuk mendapatkan sokongan dari kerajaan dan pihak berkuasa tempatan," kata Marcos Chininín, peserta acara itu yang menggayakan kostum badut dikenali sebagai "Chalupa".

Menurutnya, pengiktirafan rasmi itu akan memberi peluang kepada badut (sebagai kerjaya) untuk meminta bantuan kerajaan dan membuat persembahan yang boleh dipantau oleh pihak berkuasa tempatan serta komuniti setempat, selain berkemungkinan membuka sekolah untuk mengajar seni badut.

Sumber

edit


Kongsikan berita ini