Zulkifli Mohamad Al-Bakri (lahir di Kuala Terengganu, Terengganu, 16 Januari 1969) adalah menteri yang bertanggungjawab bagi hal ehwal agama Islam di Malaysia.
Petikan
editProfesionalisme dalam kerja
edit- Saya suka kerja secara piramid, saya bukan ‘one man show’ (kerja berseorangan). Mulai sekarang juga, setiap ketua perlu ada laporan mingguan bagi kakitangan bawahannya. Bos atau ketua unit perlu periksa kakitangan masing-masing. Jam 9 pagi mereka di mana, jam 3 petang mereka di mana, takkan jam 4 petang masih makan lagi. Ini budaya tak elok.
- Kadang-kadang mereka buat kerja tidak penting, hilang waktu bertugas, tempat duduk kosong, anak buah tidak dapat dikesan oleh ketua dan sebagainya. Ini konsep tidak sihat. Padahal kalau kita datang awal, buat kerja awal, kita dapat menyiapkan kerja lebih awal. Perkara ini penting kerana nikmat yang kita miliki adalah untuk rakyat dan masa itu pula bersifat keemasan.
- Ucapan Dr Zulkifli dalam majlis tausiyah am (ceramah agama) kepada kakitangan jabatan dan agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia
- dipetik di 'Takkan jam 4 petang masih makan' - Zulkiflidi Berita Harian