SELAMAT DATANG KE LAMAN TENTANG POLISI DAN GARIS PANDUAN WIKIQUOTE BAHASA MELAYU Laman ini mengandungi maklumat Wikiquote. Rabu, 4 Disember 2024 09:34 (UTC) |
Wikiquote merupakan sebuah projek kerjasama dan pengasas dan penyumbang mempunyai matlamat yang sama:
- Matlamat kami dengan Wikiquote ialah untuk mencipta sebuah inti sari petikan, inti sari petikan terbesar dalam sejarah petikan, dalam kedua-dua kelebaran dan kedalaman. Kami juga inginkan Wikiquote menjadi sumber yang boleh dipercayai.
Wikiquote mempunyai beberapa polisi dan garis panduan yang telah diterima umum dan dikira penting, atau pokok, oleh pengasas projek dan peserta. Ini membantu kami untuk bekerja ke arah matlamat kami. Ia adalah penting untuk mengetahui bahawa beberapa polisi ini masih diubahsuai dari semasa ke semasa. Bagaimanapun, Beberapa yang lain tidak lagi diubah dan tidak dianggap kontroversi oleh majoriti pengguna lama Wikiquote.