Semasa menulis untuk Wikipetikan, sila ambil perhatian terhadap ejaan anda. Sebagai sebuah ensiklopedia, Wikipetikan tidak seharusnya mengandungi kesalahan ejaan. Pada dasarnya, kesalahan ejaan boleh dielakkan dengan:
- Mengamalkan sikap berhati-hati
- Tidak gopoh-gapah semasa menaip
- Merujuk kepada kamus sekirannya tidak pasti akan ejaan sesuatu perkataan.
Kesalahan ejaan bahasa Melayu yang biasa dijumpai
editSatu masalah ejaan Bahasa Melayu yang biasanya dihadapi oleh masyarakat umum ialah ejaan kata terbitan, yakni ejaan untuk kata yang telah menerima imbuhan. Masalah ini timbul apabila sesetengah kata akan mengalami proses morfofonemik, dan sesetengah lagi tidak. Antaranya ialah:
- Bersukan, bukan besukan
- Memasukkan, bukan memmasukkan
Penggunaan bahasa Melayu baku
editJika anda ingin membuat rencana petikan, sila guna perkataan bahasa Melayu Piawai, bukannya bahasa Indonesia seperti:
- Pandemik bukannya, pandemi
Kata nama am dan khas
edit-
Rajah kata nama khas
-
Rajah kata nama am
Jika petikan berkaitan dengan orang, sila tulis dengan huruf besar dihadapan. Seperti berikut:
- Tentang orang/nama filem/nama tempat/negara
- Mahatma Gandhi
- Ejen Ali
- Kuala Lumpur
- Malaysia
- Tentang kata nama biasa:
- Roti canai
- Sekolah rendah