Tunku Abdul Rahman (8 Februari 1903 – 6 Disember 1990) ialah Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian Malaysia yang pertama.
Petikan
edit- Negeri2 yang besar telah menerbitkan pengarang2 yang mashhur dalam bahasa mereka sendiri, dan saya harap bahwa pada suatu hari akan bangkit sa-orang Malayan yang karangan2-nya dengan bahasa Melayu akan di-hormati dan di-pandang tinggi oleh orang2 bukan sahaja di-Asia Tenggara tetapi di-seluroh dunia persuratan.
- Ucap selamat kepada Berita Harian yang baru kali pertama terbit, dipetik di Berita Harian (1 Julai 1957)
Perletakan jawatan Perdana Menteri
edit- "Kalau untuk kepentingan baik negeri ini,maka Tengku (Abdul Rahman) hendaklah menyuruh Menteri-menteri lain meletakkan jawatan juga dan membenarkan sebuah kerajaan sementara berkuasa hingga pilihan raya nanti"
- Respons Dr. Burhanuddin al-Helmi, disiarkan dalam Berita Harian. (11 Februari 1959)