Wq/ms/Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah

< Wq‎ | ms
Wq > ms > Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah

Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah (diputerakan 15 Julai 1946) ialah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang sekarang dan yang ke-29.

Namun, dengan perkembangan ini, janganlah pula kita cepat-cepat berpuas hati. Tetapi usaha pembaharuan adalah masih perlu diteruskan, kerana transformasi ekonomi memerlukan perancangan jangka panjang.

Petikan edit

  • Perspektif kita tentang kemajuan adalah jelas, iaitu menuju kepada perubahan tanpa menjejaskan akhirat kita dan akhirat itu paling berharga dibandingkan dengan kehidupan yang serba sementara ini.
  • Adapun role model pilihan manusia terhad masanya. Paling lama misalnya seratus tahun, dan selepas itu datang pula role model lain untuk menggantikannya. Tetapi ini role model pilihan Allah, tidak dipadam oleh zaman dan tidak dilapis oleh sebarang tokoh lain. Sudah pasti, tidak ada wujud lagi role model lain untuk menggantikan Rasulullah SAW.
  • Dalam konteks yang sama juga ialah ibu bapa. Mereka tidak boleh berkecuali mengenai pendidikan, bahkan merekalah sekolah pertama dan utama sebelum lagi lain-lain sekolah.
  • Kita adalah menyedari akan keperluan usaha. Kerana rezeki tidak datang bergolek, melainkan memerlukan usaha, dan dengan usaha itulah juga kita mampu menembusi dunia pasaran.