Wq/ms/Siti Nurhaliza

< Wq | ms
Wq > ms > Siti Nurhaliza

Dato Sri Siti Nurhaliza (lahir 11 Januari 1979) ialah seorang pelakon, penyanyi, penulis lagu, pengacara televisyen dan ahli perniagaan Malaysia. Beliau dilahirkan di Kampung Awah, salah satu petempatan di dalam Daerah Temerloh, Pahang.

Siti Nurhaliza

Petikan

edit
 
Diakui dulu walaupun sudah biasa menyanyi, tapi apabila ada satu lagu yang memang tiba-tiba meletup dan kena menyanyi live [secara langsung], perasaan gementar memang banyak dan tinggi. Jadi, kalau artis baru dia kena hadapi perkara ini dengan tenang. – dari Harian Metro, 20 Julai 2022
  • Saya mempunyai masa depan yang semuanya dirancang, walaupun saya suka menyanyi, saya ingin menjadi pegawai polis, seperti ayah saya, tetapi sekarang saya telah memenangi Juara Lagu 1996, yang mungkin berubah, saya mungkin mencuba kerjaya dalam dunia hiburan.
  • But as a mother, I worry about whether my child can do it or not, whether she will succeed or otherwise. However, I would be happier if she chooses to be a businesswoman or something else.
    • Terjemahan: Tetapi sebagai seorang ibu, saya bimbang sama ada anak-anak saya boleh buat atau tidak, sama ada dia akan berjaya atau sebaliknya. Walau bagaimanapun, saya akan lebih bahagai jika dia memilih untuk menjadi ahli perniagaan atau sesuatu yang lain.
    • dipetik pada sidang media, A Night To Remember, dari Malaymail, 6 Oktober 2022
  • Biarpun ibu tiri, ia tidak menjarakkan rasa hormat serta kasih sayang. Paling penting, kami saling mengambil berat antara satu sama lain.
    • dipetik pada sidang media, Mother's Day Miracle Night with Siti Nurhaliza (2015), dari Berita Harian, 30 April 2015.
  • Saya sangat berjaga-jaga. Bahkan, jarang sekali keluar rumah kecuali ketika keadaan benar-benar memerlukan kehadiran saya seperti acara hari ini. Selebihnya, saya di rumah bersama keluarga.
    • dipetik dari sidang media produk BeauSiti X Wonderlab, dari Astro Awani, 1 Disember 2020
  • Saya okay untuk berkongsi. Kenapa perlu ada rasa malu?
  • Saya suka makan pedas tetapi alahan ini telah menyebabkan saya merindui masakan pedas.
  • Ramai saja artis sebelum ini sudah keluar di papan iklan tersebut. Tapi bila giliran saya sahaja, kenapa nak usik pula?
    • dipetik dari Kosmo, 28 Mei 2022
  • Ada bakat atlet dalam diri masing-masing, cuma tinggal kita tiada masa untuk menunjukkan bakat itu. InsyaAllah mana tahu saya akan buat acara sukan untuk artis suatu hari nanti,

Pautan luar

edit