Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohamad Ali (lahir 12 Julai 1926) merupakan isteri kepada Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan ke-7, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau dilahirkan di Klang, Selangor pada 12 Julai 1926. Siti Hasmah ialah seorang doktor wanita berbangsa Melayu berketurunan Minangkabau. Beliau memperoleh MBBS dari Universiti Malaya di Singapura. Tun Dr. Siti Hasmah merupakan salah seorang wanita Melayu pertama untuk memperoleh kursus perubatan di Kolej Perubatan King Edward VII di Singapura (kini Sekolah Perubatan Yong Loo) selepas Perang Dunia II. Pada tahun 1955, beliau berjaya menamatkan pelajaran sebagai doktor perubatan dari Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, yang ketika itu terletak di Singapura. Beliau kemudiannya menyertai perkhidmatan kesihatan kerajaan. Beliau merupakan salah seorang doktor wanita pertama di Malaya ketika itu. Beliau berkahwin dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun berikutnya dalam bulan Ogos. Anak sulung mereka, Marina, dilahirkan pada tahun 1957.
Petikan
edit- "Janganlah terlalu banyak merungut dalam hidup ni terutama bila kita mampu bangun pagi setiap hari."