Wq/ms/Rizam Ismail

< Wq‎ | ms
Wq > ms > Rizam Ismail

Rizam Ismail ialah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Dewan Undangan Negeri Selangor. Belaiu menjawat jawatan ADUN bagi kawasan Sungai Air Tawar setelah menang dalam pilihan raya negeri Selangor 2023 yang lalu.

Petikan edit

  • Semoga dipermudahkan urusan demi keikhlasan perjuangan ini demi agama, bangsa dan tanah air.
  • Jawatan Ketua Pembangkang? Saya "no komen". Biar ia dijawab oleh Menteri Besar [Datuk Seri Amirudin Shari].
  • Fokus utama BN adalah memastikan jentera dan semua sayap bergerak mendekati pengundi supaya terus yakin dengan pentadbiran Kerajaan Madani. Biarpun pernah menjadi pembangkang, kita telah memberi perkhidmatan sebaik mungkin kepada masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar.
  • Pada saya, kemampuan calon seperti ini [iaitu calon yang dalam kalangan orang muda berlatarbelakangkan profesional] sebenarnya mampu mendampingi masyarakat setempat dan memberi perhatian penuh terhadap isu serta masalah yang dialami.
  • Ruang dan peluang yang diberikan pucuk pimpinan parti untuk pilihan raya kali ini dianggap sebagai tanda penghargaan kepada golongan seperti saya.
  • Tambahan pula, amanah yang digalas ketika ini wajib dibuktikan kerana kami mampu memimpin dan menjaga masyarakat demi masa depan lebih baik.

Pautan luar edit