Ikhwan Fatanna (lahir 13 Jun 1990) merupakan seorang penyanyi, komposer, penulis lirik, dan penerbit rakaman Malaysia yang dilahirkan di Ampang, Selangor.
Petikan
edit- Allahuakbar! Menangis terharu saya. Orang bukan Islam boleh tersentuh dan rasa dimotivasi dengan lagu "Ya Rasul"? Begitulah rahmat dan kasih sayang Rasulullah yang begitu indah.
- dipetik daripada "Ikhwan Fatanna terharu", Harian Metro. 22 September 2020.
- Ia juga sebab royalti. Kalau sekadar menyanyi, dapatlah royalti sebagai penyanyi. Kalau tulis lagu dapat royalti sebagai komposer.—Royalti juga adalah pendapatan untuk anak seni sebab industri muzik ini ada tempoh masanya sendiri. Kita pun tidak tahu sampai bila boleh bertahan sebagai artis.
- dipertik daripada "Lagu ketuhanan masih laku – Ikhwan Fatanna", Utusan Malaysia. 28 Jun 2023
- Saya juga tidak pernah serik untuk menghasilkan genre lagu ketuhanan kerana penerimaan setiap lagu dihasilkan juga subjektif dan terpulang kepada cita rasa peminat.—Mungkin pasaran lagu ketuhanan tidak besar seperti lagu genre lain seperti cinta, tetapi masih ada peminat yang menggemari genre sedemikiaN.
- dipetik daripada "Tak terhad satu genre", Harian Metro. 6 Julai 2023
- Tapi, hidup ini bukan atas kawalan saya. Saya dah galas dan jalankan tanggungjawab menciptakan lagu untuk anda semua.
- dipetik daripada "'Sampai hati marah dan salahkan saya'", Harian Metro. 13 November 2022
Pautan luar
edit- Rencana Ikhwan Fatanna di Wikipedia