Wq/ms/Dr Prof Muhaya Mohamad

< Wq‎ | ms
Wq > ms > Dr Prof Muhaya Mohamad

Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad berasal dari Kampung Ladang, Kuala Terengganu dan dilahirkan pada 1 Disember 1958. Dr Muhaya telah melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk Ijazah Sarjana Muda Perubatan pada tahun 1980 – 1985. Beliau kemudian melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Surgeri Oftalmologi UKM pada tahun 1991. Kemudian beliau ke National University of Singapore pada tahun 1998 dan mendapatkan PhD dalam bidang Ocular Immunology di University London. Beliau mendapat gelaran Profesor Oftalmologi AUCMS, Pakar Inspirasi dan Kolumnis Majalah, Pakar Perunding Mata dan Pengarah Pusat Lasik dan Mata, Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur. Dr Muhaya juga adalah pakar perunding mata pertama di Asia Tenggara yang menggunakan prosedur lasik dengan mesin Vismax Femtosecond yang termoden tanpa menggunakan pisau sepenuhnya.

"Orang Yang Bahagia Adalah Orang Yang Suka Lihat Orang Lain Bahagia". dipetik dari aafiyatlifestyle

Kita tak boleh dapat kerja yang lebih baik dengan mudah tetapi jika kita bekerja dgn lebih baik, insyaAllah kerja yang lebih baik akan datang. dipetik dari niezzahrazali.blogspot.com/

kita akan dilayan sebagaimana kita melayan orang lain . jika negatif kita dapat itu feedback. perbetulkan diri kita dan berhenti menyalahkan dan cari kesalahan orang..dipetik dari niezzahrazali.blogspot.com

Carilah kebahagiaan kita dgn memberi kebahagiaan pada orang lain. niezzahrazali.blogspot.com