Wq/ms/Peribahasa Aceh

< Wq | ms
(Redirected from Wq/ms/Awai buet dudoe pike, teulah oh akhe keupeu lom guna.)
Wq > ms > Peribahasa Aceh

Rangkuman peribahasa dari seluruh penjuru dunia dalam bahasa Aceh.

  • Aneuk sithon tangkeh, ta pugah meunoe ji kheun meudeh
    • Terjemahan: Seperti anak yang berumur setahun, diperintah begitu dia jua begitu.
    • Maksud: Kanak-kanak yang baru berumur setahun semestinya tidak faham tentang apa yang disuruh. Sebaliknya, akan terasa malu sekiranya ia terjadi kepada orang yang mencapai usia dewasa.
    • Aulia Ramadhanti (13 April 2023). "Peribahasa dan Pepatah Aceh". Pinhome. Dicapai pada 29 Januari 2024.
    • tengkuputeh (27 Mac 2019). "Hadih Maja Pengajaran serta Hiburan Warisan dari Leluhur". Tengkupteh. Dicapai pada 29 Januari 2024.
  • Asai cabok nibak kude, asai pake nibak seunda
  • Asee blang nyang pajoh jagong, asee gampong nyang keunong geulawa
    • Terjemahan: Anjing ladang yang makan jagung, anjing kampung yang dilempari.
    • Maksud: Orang yang tidak melakukan fitnah dihukum sebaliknya orang yang melakukan fitnah hidup bebas tanpa seberang hukuman.
    • Aulia Ramadhanti (13 April 2023). "Peribahasa dan Pepatah Aceh". Pinhome. Dicapai pada 29 Januari 2024.
    • Delavona (9 Disember 2023). "Memaknai Maklumat Keadaban Akademi Jakarta". AkarPadiNews. Dicapai pada 29 Januari 2024.
  • Awai buet dudoe pike, teulah oh akhe keupeu lom guna
    • Maksud: Fikir masak-masak dahulu sebelum bertindak melakukan sesuatu agar kita tidak menyesal.
    • Sepadan bahasa Melayu: Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
    • Aulia Ramadhanti (13 April 2023). "Peribahasa dan Pepatah Aceh". Pinhome. Dicapai pada 29 Januari 2024.
    • Delavona (9 Disember 2023). "Memaknai Maklumat Keadaban Akademi Jakarta". AkarPadiNews. Dicapai pada 29 Januari 2024.
  • Bak ie laot peu taboh sira
    • Untuk buat apa menggarami lautan. Sama halnya dengan hal yang sia-sia dilakukan, kerana garam berasal dari laut.
    • Peribahasa & Pepatah Aceh
  • Matee aneuk meupat jrat, matee adat pat tamita
    • Jika anak meninggal ada kuburannya, hilang adat tidak ada gantinya.
  • Meunyo ate hana teupeh, pade bijeh jitem suba
    • Apabila perasaan tidak tersinggung, ia akan memberi segala-galanya
  • Udep saree, matee sahid
    • Hidup penuh kehormatan, mati secara syahid.