Amar Pared Mahamud ialah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Dewan Undangan Negeri Kedah mewakili parti Perikatan Nasional. Beliau menjawat jawatan ADUN bagi kawasan Kuah setelah menang dalam pilihan raya negeri Kedah 2023 yang lalu.
Petikan
edit- Saya pun tak jangka dipilih bagi menggalas cabaran bertanding di DUN Kuah, tetapi selepas nama dipilih saya bersedia sepenuhnya.
- dipetik daripada "Amar Pared mahu manfaat dua minggu berkempen". Berita Harian. 1 Ogos 2023. Dicapai pada 30 November 2023.
- Saya dan calon daripada Pakatan Harapan (PH), Ahmad Fauzi Chik adalah muka baharu, jadi kami berdua tidak boleh berkempen sambil lewa sepanjang dua minggu ini kerana perlu 'menjual' diri. Namun, saya tidak pernah pandang ringan siapa sahaja lawan saya termasuk calon Bebas. Bagi saya paling penting tanggungjawab untuk memastikan kemenangan dan menunaikan amanah yang diberikan.
- dipetik daripada "Amar Pared mahu manfaat dua minggu berkempen". Berita Harian. 1 Ogos 2023. Dicapai pada 30 November 2023.
- Pelancong dan penduduk setempat [di DUN Kuah] terus dihimpit percaturan dan monopoli pengusaha yang mengejar keuntungan semata-mata.
- dipetik daripada "Saran perkenal Feri Kedah Sejahtera". Sinar Harian. 27 November 2023. Dicapai pada 30 November 2023.
- Bagi memastikan pusat-pusat pelancongan terus mendapat tempat di hati pelancong, ia harus sentiasa diselenggara dengan baik untuk menyambut kedatangan pelancong.
- dipetik daripada "Saran perkenal Feri Kedah Sejahtera". Sinar Harian. 27 November 2023. Dicapai pada 30 November 2023.
Pautan luar
edit- Rencana Amar Pared Mahamud di Wikipedia