29 Ogos 2020 (Sabtu)
TANJUNG MALIM - Calon Barisan Nasional, Mohd Zaidi bin Aziz telah diumumkan sebagai pemenang bagi Pilihan Raya Kecil N.58 Slim, dengan majoriti yang sangat besar iaitu 10,945 undi.
Calon BEBAS Amir Khusyairi bin Mohd Tanusi hanya dapat meraih sebanyak 2,115 undi, manakala seorang lagi calon BEBAS Profesor Santharasekaran a/l Subramaniam mendapat 276 undi.
Untuk rekod, pada tahun 2018 semasa Pilihan Raya Umum ke-14, calon Barisan Nasional Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib memenangi kerusi DUN Slim dengan majoriti 2,183 undi.
PRK DUN Slim diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, pada 15 Julai lepas, setelah menjadi wakil rakyat di kawasan itu sejak 2004.
Slim adalah antara DUN dalam Parlimen Tanjung Malim selain Behrang dan Sungkai.
Sumber
edit- Pasukan Malaysiakini. "LANGSUNG: Rasmi - BN menang PRK Slim dengan majoriti 10,945 undi" — Malaysiakini, 29 Ogos 2020