23 Mei 2024 (Khamis)
Yamaha telah mempatenkan teknologi baru bagi motosikal untuk penggunaan sistem ampaian (suspension) aktif yang mengurangkan kesan jongketan depan dan belakang (atau istilah rojak Melayunya ‘wheelie dan wekang’), dua kesan yang didapati semasa penunggang membrek atau memecut.
Dalam situasi jongketan ke depan, sistem ampaian hadapan berada dalam situasi dimampatkan semasa melakukan pembrekan, manakala jongketan ke belakang berlaku apabila sistem ampaian belakang berada dalam situasi dimampatkan semasa memecut. Kedua-dua situasi ini adalah perkara yang normal dan selalunya pengguna mengubah tetapan terhadap komponen-komponen berkaitan atas faktor keselesaan dan keselamatan ketika menunggang. Walaupun begitu, tiada tetapan yang terbaik bagi cara menunggang yang berlainan.
Paten Yamaha itu bertajuk, "Untuk melakukan pembrekan yang betul serta memastikan keselesaan pengguna tidak berkurang apabila melakukan pembrekan ketika brek secara mengejut menggunakan kenderaan yang ditunggang (motosikal) termasuklah kawalan sistem ampaian secara elektronik, sejenis peranti kawalan untuk motosikal termasuklah kawalan brek dan kawalan ampaian."
Teknologi sistem ampaian yang dipatenkan itu akan mengawal kedua-dua situasi tersebut dan sepatutnya bijak dalam mengendalikan kadar pembrekan di bahagian hadapan dan belakang, dan pada masa yang sama mengendalikan brek hidraulik dan spring ampaian yang telah dipra-beban.
Berkemungkinan teknologi ini akan digunakan dalam kejohanan MotoGP, menerusi model Yamaha R1, MT-09, dan R6 sebelum diperluaskan untuk pasaran kepenggunaan.
Sumber
edit- (Inggeris) Jonathon Klein. " Yamaha Patents Anti-Dive Electronic Motorcycle Suspension " — Ride Apart, 21 Mei 2024
- (Inggeris) Miguel Fragoso. " Yamaha files new patent – advanced anti-dive system for electronic suspension " — MotorcycleSports, 22 Mei 2024
- (Inggeris) Miguel Fragoso. " Yamaha registers new patent – advanced “anti-dive” system for electronic suspension " — Motociclismo, 22 Mei 2024