24 Jun 2020 (Rabu)
New York - Pasaran saham Wall Street ditutup kukuh awal pagi tadi. Dow Jones menokok 131.14 mata atau 0.5% kepada 26,156.10 mata sementara S&P 500 naik 13.43 mata atau 0.43% kepada 3,131.29 mata manakala Russell 2000 naik 9.19 mata atau 0.64% kepada 1,442.72 mata.
Pada masa yang sama, indeks teknologi, NASDAQ, ditutup pada paras paling tinggi. Indeks itu juga mencapai paras intrahari tertinggi iaitu 10,221.85 mata. Peningkataan ini didorong saham-saham teknologi gergasi seperti Apple, Amazon dan Microsoft. Pada sesi penutupan, NASDAQ melonjak 74.89 mata atau 0.74% kepada 10,131.37 mata.
Sumber
edit- "Tech stocks propel gains on Wall Street" — LA Times, 24 Jun 2020
- "Wall Street ends higher on recovery hopes, Nasdaq hits another record" — The Star Malaysia, 24 Jun 2020