20 Jun 2020 (Sabtu)
New York - Pasaran saham Wall Street yang dibuka tinggi semalam, ditutup bercampur-campur awal pagi tadi. Dow Jones dan S&P 500 yang dibuka positif pada sesi pembukaan bertukar negatif pada sesi penutupan. Penurunan ini disebabkan syarikat Apple yang mengumumkan bahawa mereka akan menutup 11 kedai di 4 empat buah negeri di Amerika Syarikat ekoran kes Covid-19 yang kembali meningkat di kawasan tersebut. Pada sesi penutupan, Dow Jones turun 208.64 mata atau 0.8% kepada 25,871.46 sementara S&P 500 hilang 17.32 mata atau 0.56% kepada 3,098.02.
Pada masa yang sama, walaupun Apple membuat pengumuman tersebut, saham-saham teknologi mendapat prestasi yang memberangsangkan. Penanda aras teknologi, NASDAQ, naik 3.07 mata atau 0.03% kepada 9,946.12.
Sumber
edit- "Apple Closes Stores, Tech Still Up" — US NEWS, 19 Jun 2020
- "Dow Jones Drops 200 Points On Renewed Coronavirus Fears After Apple Closes Stores" — Investors.com, 19 Jun 2020