2 Julai 2020 (Khamis)
New York - Pasaran saham Wall Street ditutup bercampur-campur awal pagi tadi. Pada sesi penutupan Indeks Dow Jones memotong 77.91 mata atau 0.3% kepada 25,734.97 mata sementara S&P 500 menokok 15.57 mata atau 0.5% kepada 3,115.86 mata manakala Indeks permodalan kecil, Russell 200, hilang 6.53 mata atau 0.45% kepada 1,434.83 mata.
Pada masa sama penanda aras teknologi ditutup paras paling tinggi. Komposit NASDAQ melonjak 95.86 mata atau 0.95% kepada 10,154.63 mata. Hal ini disebabkan saham-saham teknologi yang mengalami keuntungan hari ini.
Sumber
edit- "Stocks on Wall Street end day with mixed finish" — CBC, 1 Julai 2020