Wn/ms/Wall Street dibuka rendah ekoran peningkatan kes Covid

< Wn | ms
Wn > ms > Wall Street dibuka rendah ekoran peningkatan kes Covid

22 Jun 2020 (Isnin)


New York - Pasaran saham Wall Street dibuka lemah ekoran kebimbangan pelabur kerana kes Covid-19 yang kembali meningkat di Amerika Syarikat. Pada sesi pembukaan, Dow Jones turun 6.38 mata kepada 25,865.08 mata sementara S&P 500 hilang 8.17 mata kepada 3,089.85 mata manakala indeks teknologi Nasdaq turun 0.63 mata kepada 9,945.49 mata. Index permodalan kecil, Russell 2000, pula menjunam 15.83 mata kepada 1,405.20 mata.

Sumber

edit


Kongsikan berita ini