8 Jun 2024 (Sabtu)
Pihak berkuasa United Kingdom kini sedang memantau perkembangan wabak yang berpunca dari bakteria E.coli dari varian Shiga bertoksin (STEC) yang jarang ditemui. Dilaporkan sebanyak 113 kes telah diterima di seluruh UK, dengan sekurang-kurangnya 37 sedang menerima rawatan di hospital akibat mengalami cirit-birit berdarah.
Menurut Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA), penyebaran wabak yang disebabkan varian itu biasanya berlaku apabila manusia memakan makanan yang tercemar, selain boleh dijangkiti daripada pesakit lain. "Berdasarkan kepada sebaran kes yang meluas, kemungkinan besar wabak ini dikaitkan dengan produk makanan yang mudah dibeli, atau beberapa produk lain."
Tambahnya lagi, "Punca kepada penyebaran wabak ini masih belum dapat dikenal pasti namun begitu setakat ini tiada bukti yang mengaitkan wabak ini dengan aktiviti ladang terbuka, meminum air atau berenang di lautan, tasik atau sungai yang tercemar. Agensi sedang bekerja bersama-sama Agensi Piawaian Makanan (FSA) dan Piawaian Makanan Scotland bagi siasatan lanjut.
Untuk rekod, beberapa produk makanan yang dipasarkan sebelum ini pernah dicemari dengan bakteria E.coli, termasuklah taugeh, salad yang dipek dan daging yang tidak dimasak dengan sempurna.
Antara cadangan disyorkan UKHSA bagi mengurangkan jangkitan wabak dan kesakitan seperti kerap membasuh tangan dengan air dan sabun dan memasak sayur dan daging dengan sempurna. Jika mengalami cirit-birit atau muntah, dinasihatkan untuk tidak menyediakan bahan masakan bagi penyediaan makanan atau melawat orang di hospital dan rumah penjagaan, selain tidak dibenarkan kembali bekerja di pejabat, sekolah atau taska sehingga 48 jam selepas simptom telah pulih.
Sumber
edit- (Inggeris) " Urgent health warning after E.coli outbreak linked to 'nationally distributed food item' " — SkyNews, 7 Jun 2024
- (Inggeris) Chris Pollard. " Hunt for mystery 'nationally distributed food item' that has triggered E.coli in over 100 people across the UK - as experts warn anyone with diarrhoea, vomiting and stomach cramps should stay away from school or work " — Daily Mail, 7 Jun 2024
- (Inggeris) " E. coli advice issued amid rise in cases " — UKHSA, 6 Jun 2024
- (Inggeris) Charlie Jones. " New E.coli outbreak that can cause 'severe bloody diarrhoea' leaves people hospitalised " — Mirror.co.uk, 6 Jun 2024