19 Julai 2012 (Khamis) KUALA LUMPUR 19 Julai - Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada 21 Julai 2012 iaitu hari Sabtu ini.
Pengumuman tarikh permulaan puasa telah dilakukan oleh Penyimpan Mohor Besar, Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad menerusi siaran secara langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM). Beliau mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah adalah pada Sabtu ini seperti yang ditetapkan oleh perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.
Sumber
edit- (Melayu) "Umat Islam Di Malaysia Mula Berpuasa Sabtu" — mStar Online, 19 Julai 2012
- (Melayu) "Umat Islam Di Malaysia Mula Berpuasa Sabtu Ini" — Bernama, 19 Julai 2012