Wn/ms/UMNO Berputus Tidak Sertai PN, Tetapi Masih Sokong Kerajaan

< Wn | ms
Wn > ms > UMNO Berputus Tidak Sertai PN, Tetapi Masih Sokong Kerajaan

30 Julai 2020 (Khamis)


KUALA LUMPUR - Presiden parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu memutuskan untuk tidak menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN) secara rasmi.

Perikatan Nasional.

"Keputusan UMNO untuk tidak menyertai PN, sebagai komponen telah diputuskan oleh Majlis Tertinggi di dalam mesyuarat pada 24 Julai yang lalu," katanya dalam sebuah sidang media di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, UMNO sebaliknya akan terus memperkasakan gabungan Muafakat Nasional (MN) bersama-sama dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan parti komponen BN yang lain. Zahid berkata bahawa sokongan kepada kerajaan PN hanyalah berlandaskan sokongan anggota parlimen UMNO dan BN di Dewan Rakyat dan ADUN di peringkat negeri bagi sesetengah negeri.

"Dalam keputusan itu, UMNO berpendapat MN, yang mana piagam dan memorandum persefahamannya telah ditandatangani, adalah wadah terbaik untuk UMNO, PAS dan parti komponen BN dalam menghadapi apa jua kemungkinan dalam waktu terdekat ini," tambah beliau.

Sumber

edit


Kongsikan berita ini