Wn/ms/Tim Hortons bakal buka cawangan di Malaysia, tawar pelbagai donut dan kopi

< Wn | ms
Wn > ms > Tim Hortons bakal buka cawangan di Malaysia, tawar pelbagai donut dan kopi

14 Ogos 2024 (Rabu)

KUALA LUMPUR - Penggemar donut dan minuman berkopi kini mempunyai pilihan tambahan dalam memuaskan selera mereka apabila jenama dari Kanada, Tim Hortons bakal membuka cawangan mereka di sini. Ura-ura mengenai perkara itu telah tersebar sejak beberapa hari lalu.

Salah satu cawangan Tim Hortons di Kanada
Imej: Sharon Hahn Darlin.

Beberapa pengamal media telah dijemput ke lokasi cawangan di pusat beli belah Sunway Velocity Mall di mana majlis pratayang diadakan. Produk utama yang dijual tentulah dari pelbagai jenis kopi yang diadun dari dua adunan; asli dan espreso. Adunan asli menggunakan biji kopi dari Amerika Latin yang memberikan rasa lebih ringan dan berperisa manakala adunan espreso menggunakan gabungan biji kopi dari Amerika Latin dan Sumatera untuk perisa kopi yang lebih pekat.

Pengguna juga boleh cuba merasai produk ikonik iaitu Tim Hortons Ice Capps. Untuk pasaran Malaysia, ia didapati dalam dua perisa bukan berkopi iaitu Butterscotch Ondeh Ondeh dan Teh Tarik Tribute dan merupakan minuman campuran serbuk ais. Produk Ice Capps juga tersedia dengan perisa seperti Biscoff Cream, Matcha Cream, Dark Chocolate Cream Chip dan Strawberry Cream.

Bagi penggemar donut, Tim Hortons menawarkan pelbagai jenis perisa dan corak menerusi dua jenis donut; donut biasa dan Timbits. Chocolate Glaze dan Boston Cream adalah perisa klasik yang ditawarkan bersama dengan perisa Pineapple Filled, Strawberry Dazzle Dream, Maple Biscoff dan Matcha Crumble.

Kafe Tim Hortons juga menyediakan menu makanan lain seperti produk pastri, sandwich dan pelbagai makanan Barat.

Sementara itu, semakan di direktori Halal JAKIM mendapati kebanyakkan produk makanan yang bakal dijual telah menerima sijil halal kerana ia dikeluarkan oleh syarikat pihak ketiga.

Untuk permulaan, dua cawangan Tim Hortons akan dibuka iaitu di pusat beli belah IOI City Mall di Putrajaya dan di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur dengan rancangan untuk membuka beberapa cawangan baharu di beberapa lokasi di seluruh Malaysia.


Sumber

edit


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog