21 Jun 2020 (Ahad)
Sibu - Seorang lelaki diberkas polis kerana memiliki senapang patah dan senapang angin buatan sendiri bersama 21 biji guli tanpa lesen serta permit yang sah. Lelaki berusia 31 tahun itu ditangkap pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu, di sebuah rumah tidak bernombor, dalam serbuan jam 11.45 malam, Jumaat lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Superintendan Collin Babat, berkata kedua-dua senapang yang dirampas tidak mempunyai nombor siri. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960.
Sumber
edit- "Lelaki miliki dua senapang tanpa lesen diberkas" — Berita Harian, 21 Jun 2020