31 Julai 2024 (Rabu)
Sebuah penerbangan yang sepatutnya dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Mohammed V di Casablanca ditangguhkan ekoran insiden ketegangan di antara krew penerbangan dan seorang penumpang. Kejadian itu berlaku pada Jumaat dan dilaporkan media tempatan.
Penerbangan milik Air Canada dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Montréal–Trudeau pada 26 Julai. Ketika kejadian, pesawat Airbus A330-343 itu sedang bersedia untuk melakukan perjalanan ke landasan yang ditetapkan.
Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan seorang krew dilihat sedang menjerit kepada seorang penumpang wanita yang didakwa meminta selimut. "Sila jaga tingkah laku, atau kami akan mengeluarkan awak!," jerit krew terbabit. "Saya akan maklumkan kepada kapten dengan segera - ya atau tidak."
Namun begitu, krew itu keberatan untuk memanggil kapten pesawat setelah diminta penumpang terbabit. "Saya tak ingin ada sikap membuli terhadap krew saya, okay. Semua, jaga tingkah laku."
Berikutan ketegangan yang semakin memuncak, kapten yang mengendalikan pesawat itu bertindak menangguhkan penerbangan pada hari tersebut dan akan digantikan dengan krew lain untuk menerbangkan pesawat itu pada waktu lain. Tidak dipastikan jika terdapat punca lain yang menyebabkan insiden itu.
Syarikat Air Canada mengesahkan mengenai kejadian itu dan sedang melakukan siasatan dalaman. "Sedang dalam pemerhatian, dan kami akan mengambil tindakan yang sewajarnya," kata jurucakap syarikat. "Kami ingin meminta maaf kepada pengguna kami dan berasa amat kesal atas pengalaman yang dialami mereka hari ini tidak berada pada tahap yang mereka jangkakan apabila terbang bersama Air Canada."
Air Canada juga menawarkan pampasan kepada penumpang yang terkesan dengan kelewatan dan insiden yang tercetus.
Sumber
edit- (Inggeris) Jean Carmela Lim. " Air Canada flight canceled after flight attendant outburst over blanket request " — Aerotime Hub, 30 Julai 2024
- (Inggeris) Germania Rodriguez Poleo. " Air Canada flight from Morocco is CANCELED over flight attendant's crazed meltdown at passenger's 'very reasonable request' " — DailyMail, 30 Julai 2024
- (Inggeris) Shireen Khalil. " Flight attendant loses it over simple request " — news.com.au, 30 Julai 2024