5 Julai 2020 (Ahad)
Wellington - Sebuah roket komersial yang membawa 7 satelit hilang selepas pelancaran roket tersebut dari sebuah tapak pelancaran di New Zealand.
Menurut pemilik roket itu, Rocket Lab, di Twitter, mereka memohon maaf kerana gagal menghantar satelit-satelit pelanggan tersebut. Mereka menasihatkan agar tidak risau dan akan menyelesaikan semua masalah-masalah tersebut.
Rocket Lab disenaraikan sebagai syarikat Amerika Syarikat (AS) yang berpangkalan di New Zealand, dan memiliki kepakaran untuk membawa satelit kecil ke orbit bawah bumi.
Sumber
edit- (Melayu) "Roket komersial bawa tujuh satelit hilang selepas dilancar" — Berita Harian, 5 Julai 2020
- (Melayu) "Roket bawa tujuh satelit 'hilang'" — Harian Metro, 5 Julai 2020