Wn/ms/Scarlett Johansson berang OpenAI menggunakan "suaranya"

< Wn‎ | ms
Wn > ms > Scarlett Johansson berang OpenAI menggunakan "suaranya"

21 Mei 2024 (Selasa)

Bintang Amerika Syarikat, Scarlett Johansson terkejut dan marah selepas syarikat OpenAI melancarkan robot sembang berasaskan kecerdasan buatan yang diberi nama "Sky" yang memiliki suara yang seakan sama dengannya.

Scarlett Johansson (2013)
Imej: Gage Skidmore.

Pelakon itu sebelum ini pernah menolak permintaan OpenAI menerusi Ketua Pegawai Eksekutif, Sam Altman, untuk melakukan suara untuk sistem ChatGPT 4.0 yang sedang digunakan sekarang.

"Selepas mempertimbangkan banyak perkara dan atas sebab peribadi, saya menolak tawaran itu," kata Johansson. "Sembilan bulan kemudian, kawan-kawan saya, keluarga dan pengguna umum maklum akan bagaimana sistem terbaru ini dengan nama 'Sky' mempunyai suara seperti saya."

Menurutnya, insiden ini menunjukkan peruntukkan undang-undang sangat diperlukan bagi melindungi orang daripada identiti mereka disalahguna tanpa keizinan. "Di masa kita sedang bergelut dengan pemalsuan wajah dan perlindungan terhadap keserupaan, kerja kita, identiti kita, saya percaya persoalan-persoalan ini berhak mendapat penjelasan yang sewajarnya," katanya lagi.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan OpenAI bagi menjelaskan insiden ini, mereka berkata suara "Sky" bukanlah meniru suara Scarlett Johansson, sebaliknya suara itu dimiliki oleh artis perempuan profesional lain yang menggunakan laras percakapan yang normal. Walaupun begitu, OpenAI akan membuang suara tersebut.


Sumber

edit


Kongsikan berita ini