Wn/ms/Sarawak nafi dakwaan ambil hak Petronas berkaitan pengurusan minyak dan gas

< Wn‎ | ms
Wn > ms > Sarawak nafi dakwaan ambil hak Petronas berkaitan pengurusan minyak dan gas

5 Jun 2024 (Rabu)

Kerajaan Sarawak tidak mengambil hak Petronas ke atas sumber minyak dan gas di perairan Sarawak, itu nada tegas diberikan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg yang menolak dakwaan sesetengah pihak berkaitan dengan pengurusan sumber itu.

Muzium Petroleum, Miri.
Imej: Zaramiz TV.

Menurut Abang Johari, hak Petronas itu telah termaktub di bawah Akta Pembangunan Petroleum (PDA 1974). "Pengagihan gas kita ada undang-undang sebelum (penubuhan) Malaysia. Kerana di Miri sudah ada paip gas ke rumah sebelumnya dan undang-undang itu telah wujud sebelumnya dan masih lagi boleh digunapakai. Jadi kita ada kuasa dari sudut pengagihan gas," katanya. "Dan, kita beri kuasa kepada PETROS. Saya tak ambil hak Petronas."

PETROS atau nama penuhnya Petroleum Sarawak Berhad ialah sebuah entiti milik kerajaan Sarawak yang dilantik sebagai agregator gas tunggal yang bertanggungjawab dalam perolehan gas asli dari pelbagai sumber dan memastikan kawalan harga yang ditetapkan bagi edaran kepada pengguna, domestik dan pelaburan di Sarawak.

Di bawah Ordinan Gas 2016 pula, setiap individu atau syarikat yang mempunyai lesen pengedaran, pembekalan dan penjualan gas asli di Sarawak dikehendaki menjual dan menghantar gas itu kepada PETROS.


Sumber

edit


Kongsikan berita ini