Wn/ms/Sambutan ulang tahun Geometry Dash ke-10 disambut meriah

< Wn‎ | ms
Wn > ms > Sambutan ulang tahun Geometry Dash ke-10 disambut meriah

17 Ogos 2023 (Khamis)


Isnin lalu, Geometry Dash (GD) telah menyambut ulang tahun ke-10 nya dengan sebuah video khas yang telah dimuatnaik di platform Youtube. Ia telah dipecahkan kepada 6 segmen khas: Muzik Video, Temubual, Animasi Bossfight, Statistik, Teaser untuk Update 2.2 dan Kata-kata akhir dari Robtop (pencipta permainan video GD).

Logo Geometry Dash

Muzik video tersebut memaparkan antara peristiwa-peristiwa pahit dan manis yang berlaku di dalam komuniti dari 2013 hingga 2023 seperti kematian Michigun, Knobbleboy terbabas di 98% di Bloodlust dan Riot berjaya menghabiskan Bloodbath.

Segmen temubual juga mendalami beberapa pemain terkemuka dan pengalaman mereka ketika bermain GD. Antara yang membuat penampilan ialah GD Colon, Krmal dan Dorami. Turut membuat kewujudan semula adalah pemain lama ialah TheRealDarnoc, Zobros dan AlexPain24.

Selain daripada menunjuk penghargaan untuk komuniti GD, Robtop juga telah mengumumkan tarikh rasmi untuk Versi 2.2 dimana ia dijadualkan akan dilancarkan pada Oktober 2023. Versi 2.2 dijangka akan menjadi update terbesar dalam sejarah GD dengan menambah beratus alatan dan konsep baru seperti Platformer Mode.

Kali terakhir Geometry Dash mempunyai update besar ialah pada Februari 2017 ketika 2.1 dilancaran.

Sumber edit